Milkul Yamin merupakan istilah yang ditujukan kepada perempuan kafir dan musyrik yang menjadi tawanan tentera Islam. Istilah ini ada disebut dalam al-Quran pada beberapa ayat seperti dalam surah al-Muminun, Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk di dalam sembahyangnya. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya. Dan mereka yang menjaga kehormatannya. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela, kemudian sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas. (Surah al-Muminun 23:17) |