Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
GELANG SI PAKU GELANG | GELANG SIPAKU GELANG, lagu rakyat yang berasal dari Padang, Sumatera, Indonesia. Gelang yang digunakan dalam konteks lagu ini bermaksud sejenis tumbuhan paku. Lagu ini biasanya dinyanyikan beramai-ramai sebagai lagu perpisahan setelah selesai sesuatu majlis atau perhimpunan. Muzik iringannya mengikut rentak inang. | BUDAYA | Konsep |
SI LUNCAI | SI LUNCAI, cerita rakyat yang digolongkan dalam cerita jenaka Melayu. Cerita ini disadur daripada hikayat Hindu tua, iaitu Jataka, Panca Tanderan dan Katha Sarit Sagara. Cerita Si Luncai telah diubahsuai sehingga menjadi sebahagian warisan tradisi setempat. Cerita ini telah sebati dengan masyarakat Melayu dan mereka menganggap watak Si Luncai sebagai manusia yang hidup di Alam Melayu. Struktur cerita Si Luncai yang menarik dan mudah membolehkannya diceritakan oleh sesiapa sahaja dalam bentuk pertuturan seharian. | SASTERA | Karya |
PRIANGAN SI JELITA | PRIANGAN SI JELITA, kumpulan puisi karya Ramadhan K.H. Kumpulan puisi ini diterbitkan pada tahun 1958 oleh Penerbit Balai Pustaka, dan dicetak semula pada tahun 1965. kumpulan puisi ini mengandungi 21 buah puisi yang dibahagikan kepada tiga bahagian, iaituTanah Kelahiran, Dendang Sayang dan Pembakaran. | SASTERA | Karya |
HIKAYAT SI MISKIN | HIKAYAT SI MISKIN, sastera hikayat berunsur Hindu. Hikayat yang mulanya berkembang sebagai cerita rakyat mempunyai nama lain, seperti Hikayat Marakarma, Hikayat Maharaja Marakarma dan Hikayat Anak Miskin. | SASTERA | Karya |
SI BONGKOK TANJUNG PUTERI | SI BONGKOK TANJUNG PUTERI, drama karya Shaharom Hussain. Buku drama ini diterbitkan oleh Pustaka Melayu, Singapura pada tahun 1961. Si Bongkok Tanjung Puteri mengambil kisah sejarah tempatan yang telah diceritakan secara lisan oleh golongan tua berdasarkan kejadian yang sebenar berlaku kira-kira 150 tahun lalu di negeri Johor. Ia adalah satu cerita yang berhubung rapat dengan sejarah Tanjung Puteri (kini Johor Bahru) dan sejarah Temenggung Daing Ibrahim, pemerintah ketika itu, yang berusaha menghapuskan ancaman lanun di perairan Johor dan Singapura. Cerita yang digarap berdasarkan sejarah ini telah digubah dan disusun serta dipentaskan dengan tujuan untuk perkembangan seni drama Melayu. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
SI KEBAYAN | SI KEBAYAN, drama komedi dua babak oleh Utuy Tatang Sontani. Ia ditulis di Jakarta, Indonesia pada bulan Oktober 1959 dan diterbitkan pada tahun 1961 oleh Bahagian Penerbitan Lembaga Kebudayaan Rakyat (LEKRA), Jakarta. Naskhah drama ini ditulis dalam bentuk cerita atau novel, sehingga gambaran pentas, perwatakan dan dialog watak dilukiskan dengan bahasa penceritaan. | SASTERA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
BUKU PERJALANAN SI TENGGANG II | BUKU PERJALANAN SI TENGGANG II, kumpulan puisi karya Muhammad Haji Salleh yang diterbitkan pada tahun 1975, oleh Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. | SASTERA | Penerbitan |
ORION | Orion, Si Pemburu, ialah buruj yang terang yang termasuk dua daripada bintang yang paling terang di langit. Orion sering digambarkan membelakangi kita. Dalam pandangan ini, bintang merah yang terang, Betelgeuse, menandakan bahu kirinya. Bintang putih biru yang dikenali sebagai Rigel menandakan kaki kanannya. Dua bintang yang lebih malap, Bellatrix dan Saiph, menandakan bahu kanan dan kaki kiri Orion. Orion mudah dikenal pasti melalui satu baris tiga bintang yang membentuk tali pinggangnya. Sebilah pedang, yang terbentuk daripada sebaris bintang yang malap, tergantung dari tali pinggangnya. | UMUM | |
TALKUM | Talkum (formula kimia, Mg 3 Si 4 O 10 (OH) 2 ) ialah mineral lembut yang terdapat dalam lapisan batu-batan yang rata licin, dan dalam bongkah yang padat. Ia terlalu lembut hinggakan ia boleh digores dengan kuku, dan rasanya bersabun dan bergris. Talkum adalah lut cahaya, yang bermakna bahawa ia membenarkan cahaya melaluinya, tetapi ia tidak lut sinar. Talkum berwarna putih, kehijauan atau kelabu tua. Steatit (batu sabun) adalah talkum yang padat. Ia digunakan sebagai bahan untuk ukiran di Mesir dan China purba. | UMUM | |
SILIKON | Silikon ialah unsur kimia dengan simbol Si. Ia adalah bukan logam yang keras, berwarna kelabu tua. Silikon membentuk kira-kira 28 peratus daripada kerak bumi dan ia adalah unsur yang kedua paling banyak selepas oksigen. Silikon hanya wujud berpadu dengan unsur-unsur lain, terutamanya dengan oksigen sebagai silikon dioksida. Sebatian ini, yang dikenali sebagai silika, ialah bahan utama pasir. Silika juga adalah bahan utama pelbagai mineral yang membentuk batu-batu. Mineral ini termasuk feldspar, piroksen, dan kuarza. Lava dari gunung berapi, terdiri daripada kebanyakannya silikon dioksida lebur. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata si |
|
Puisi |
---|
|
Si patan burung si patan, Si patan mari di dalam peti; Dibuka surat dalam lipatan, Surat adinda bersusah hati.
Lihat selanjutnya... |
|