Saint-Simon, Comte de (17601825) ialah pengasas sosialisme Perancis. Cita-citanya ialah menjadikan kemanusiaan yang lebih baik. Dia berhasrat melahirkan sebuah masyarakat baru yang semua orang bekerja dan akan menerima ganjaran setimpal dengan tenaganya. Tiada siapa dibenarkan mewarisi kekayaan dan semua individu akan memulakan kehidupannya atas dasar sama rata. Saint-Simon mahu menyandarkan teori sosialnya itu pada bukti saintifik, tetapi kesimpulan yang dibuatnya tidak sistematik. |