Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
TIMBANGAN APOTEKARI | Timbangan apotekari ialah satu sistem timbang yang pada satu masa dahulu digunakan secara meluas oleh pakar farmasi bagi tujuan preskripsi. Sistem timbang ini membahagikan setiap paun kepada 12 auns, setiap auns kepada 8 dram, setiap dram kepada 3 skrupel dan setiap skrupel kepada 20 grain. Dalam sistem apotekari dan troy, 5760 grain menjadikan 0.37 kilogram. Dalam sistem avoirdupois ada 7000 grain dalam 0.45 kilogram. Lihat juga Sistem metrik; Timbangan dan ukuran. | UMUM | |
KELENJAR ADRENAL | Kelenjar adrenal ialah organ kecil dalam badan yang merembeskan banyak hormon penting. Terdapat dua kelenjar adrenal di dalam badan, satu di atas setiap ginjal. Adrenal, yang juga dikenali sebagai suprarenal, mempunyai garis pusat kira-kira lima sentimeter setiap satu. Setiap kelenjar adrenal terdiri daripada medula (teras dalam) dan korteks (lapisan luar). | UMUM | |
PEMINDAHAN JISIM | Operasi yang terdapat dalam setiap loji pemprosesan industri kimia, petrokimia, gas asli, petroleum, makanan, elektronik, dan biologi. Dalam industri tersebut, bahan mentah diproses secara kimia atau fizik untuk menghasilkan produk yang lebih berharga. Walaupun setiap industri melibatkan bahan mentah dan produk yang berbeza, ia menggunakan operasi pemprosesan tertentu yang mempunyai persamaan antara satu industri dengan industri yang lain. Pemisahan minyak mentah dengan menggunakan penyulingan, pemisahan pepejal daripada ampaian menggunakan penurasan, dan penyingkiran air melalui penyejatan merupakan contoh operasi unit yang digunakan dalam industri. Setiap operasi unit seperti penyulingan berbeza dari segi fizikal bagi industri petrokimia dan industri pemprosesan minyak sawit, tetapi direka bentuk berasaskan teknik dan prinsip yang sama. | KEJURUTERAAN | Proses/Tindak Balas |
KEMATIAN BAYI | Kematian bayi ialah ukuran bagi menunjukkan bilangan bayi yang meninggal dunia sebelum mencapai setahun usia kelahiran mereka. Kadar kematian bayi ini menunjukkan jumlah bayi yang meninggal dunia setiap tahun bagi setiap seribu bayi yang lahir. Oleh sebab kadar ini mencerminkan keadaan kesejahteraan anggota masyarakat yang paling bergantung kepada orang lain, maka, kadar ini sering ditafsirkan sebagai ukuran sejauh mana satu-satu masyarakat itu menjaga anggota mereka. Atas alasan itu, maka, membandingan kadar kematian bayi antara negara atau komuniti yang berlainan ialah satu cara untuk menilai taraf hidup masyarakat itu. | UMUM | |
ANZUS | ANZUS adalah perjanjian pertahanan yang dibuat secara kolektif yang dibuat oleh Australia, New Zealand, dan Amerika Syarikat. Nama tersebut menggabungkan huruf pertama setiap nama negara ahli. Setiap negara tersebut mengisytiharkan bahawa serangan bersenjata terhadap kawasan Pasifik di mana-mana satu daripada tiga negara ini membahayakan mereka semua. Setiap negara berjanji untuk bertindak menentang bahaya yang dialami bersama selaras dengan proses perlembagaannya. Perjanjian tersebut ditandatangani di San Francisco pada 1 September 1951 dan mula berkuat kuasa pada 29 April 1952. | UMUM | |
SEMAFOR | Semafor ialah kaedah memberi isyarat dengan menggunakan sasaran atau bendera. Setiap kedudukan sasaran mempunyai makna yang dapat ditafsir oleh seseorang yang terlatih. Satu set arahan bendera yang standard boleh mengeja abjad Inggeris. Setiap satunya ditunjukkan dalam rencana huruf abjad dalam Ensiklopedia Dunia , seperti A . Urutan bagi arahan ini dapat digunakan untuk mengeja perkataan dalam mesej. Angka dieja, tetapi beberapa arahan merupakan perkataan, seperti kesilapan, atau frasa. Terdapat juga sedikit variasi dalam arahan untuk A dan G. Bendera Semafor digunakan oleh anggota angkatan laut dan kereta api sedunia. Mesej boleh dihantar pada kelajuan kira-kira 25 perkataan seminit. Lihat juga Kereta api (Kawalan trafik). | UMUM | |
SALMON | Salmon adalah satu daripada ikan makanan dan ikan buruan yang paling penting. Setiap tahun manusia di seluruh dunia memakan berjuta-juta tin salmon samar atau salmon merah. Penangkap ikan buruan juga menangkap berjuta-juta salmon setiap tahun. | UMUM | |
TENIS | Tenis ialah sejenis permainan yang mempunyai seorang atau dua orang pemain pada setiap gelanggang, yang menggunakan raket untuk memukul dan mengembalikan bola lawan melepasi jaring. Sukan ini dimainkan di atas permukaan rata yang dikenali sebagai gelanggang. Setiap pemain cuba memungut mata dengan memukul bola supaya pemain lawan gagal mengembalikan bola itu melepasi jaring ke dalam gelanggang. | UMUM | |
PINOCHLE | Pinochle ialah sejenis permainan yang menggunakan daun terup yang dibungkus khas yang mengandungi 48 kad. Terdapat empat sut daun terup, yang setiap satunya terdiri daripada 12 kad. Dua kad daripada setiap sut daun itu mempunyai angka daripada sembilan hingga kepada sat. Sat ialah daun yang mempunyai kedudukan paling tinggi, diikuti dengan daun 10, raja, permaisuri, pekak J, dan 9. | UMUM | |
SILINDER | Silinder, dalam geometri, ialah bentuk pejal dengan dua tapak secam yang terletak pada satah selari. Setiap tapak dihubung oleh bucu melengkung yang dikenali sebagai direktriks. Permukaan sisi (tepi) silinder terdiri daripada garisan selari yang kedua-duanya bertemu dengan setiap tapak. Sekiranya direktriks silinder itu bulatan, bentuk tersebut dikenali sebagai silinder membulat. Silinder membulat tegak ialah silinder bulat dengan permukaan sisi silinder tegak yang tepat pada tapak-tapaknya. Silinder yang permukaan sisinya tidak bersudut tepat dikenali sebagai silinder membulat oblik. | UMUM | |
|
Puisi |
---|
|
Cendawan tumbuh di batang, Diambil orang setiap hari; pengantin/bulan Bagai bulan dipagar bintang, Pengantin duduk suami isteri.
Lihat selanjutnya... |
|