Pertempuran Agincourt berlaku pada tahun 1415 antara tentera Inggeris dengan tentera Perancis berhampiran perkampungan Agincourt, di utara Perancis. Pasukan tentera Inggeris hanya mempunyai 13 000 tentera, tetapi merupakan angkatan tentera yang cukup terlatih dan mempunyai senjata yang paling lengkap sejak angkatan tentera Rom. Askar pemanah dan askar bertombak yang dibantu oleh sebilangan pasukan askar berkuda berjaya menewaskan kira-kira 50 000 askar Perancis. Pertempuran ini menandakan kejayaan besar yang ketiga bagi Inggeris dalam Perang Seratus Tahun. |