Perjanjian SykesPicot telah dimeterai antara Britain dengan Perancis untuk membahagikan negara Arab Timur kepada kedua- dua kuasa besar tersebut semasa Perang Dunia I. Kedua-dua negara Berikat ini telah mencapai kata sepakat pada 16 Mei 1916 M., hasil rundingan rahsia antara wakil Britain, Sir Mark Sykes dengan wakil Perancis, François George Picot. |