Sherman , John (18231900) ialah negarawan Amerika. Dia menjadi masyhur kerana memperkenalkan undang-undang perak dan antitrust yang menggunakan namanya (lihat Undang-undang antitrust). Selama hampir 50 tahun Sherman memegang jawatan di Washington D.C., sama ada sebagai ahli Kongres Republikan atau dalam Kabinet. Dia dipilih ke Dewan Perwakilan dari Ohio pada tahun 1854, dan dipilih ke Dewan Senat tujuh tahun kemudian. Sherman berkhidmat sebagai setiausaha perbendaharaan dari tahun 1877 hingga tahun 1881, dan kemudian kembali semula ke Dewan Senat. Jawatan awamnya yang terakhirnya ialah sebagai setiausaha negara pada tahun 1897 dan tahun 1898. Sherman lahir di Lancaster, Ohio. Semasa Perang Saudara Amerika (18611865), saudara kepada Sherman, William T. Sherman menjadi seorang jeneral terkenal untuk pihak Kesatuan (lihat Sherman, William T.). |