Pertumbuhan semula pada tumbuh-tumbuhan dan haiwan, ialah keupayaan untuk menggantikan bahagian yang hilang atau yang rosak dengan tumbuhan bahagian yang baru. Pertumbuhan semula selalunya dilakukan pada tumbuh-tumbuhan. Jika pohon atau pokok renek dicantas berhampiran dengan pangkalnya, pucuk baru mungkin tumbuh daripada tunggulnya. Di kalangan haiwan, span, snidaria, dan cacing ringkas menunjukkan kuasa pertumbuhan semula yang luar biasa. Ia boleh dipotong kecil-kecil dan setiap potongan boleh tumbuh menjadi haiwan yang baru. Tapak sulaiman boleh tumbuh tangan yang baru. Udang krai, ketam, dan lain-lain haiwan berkaitan boleh tumbuh cakar, mata, dan kaki yang baru. |