Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
SENI BINA | Seni bina ialah istilah yang mempunyai beberapa makna, semuanya berkaitan dengan bangunan. Ia mungkin merujuk kepada seni dan sains bangunan, yang diamalkan oleh artis yang dikenali sebagai arkitek. S eni bina juga boleh bermakna bangunan itu sendiri. Istilah ini juga mempunyai makna sejarah, yang merujuk kepada gaya bangunan sesuatu budaya atau merujuk kepada gerakan seni. Contohnya, kita bercakap tentang seni bina Yunani atau seni bina Gothik. | UMUM | |
MINERAL | Mineral ialah bahan pepejal yang paling lazim ditemui di bumi. Daratan dan lautan di bumi semuanya terbentang di atas lapisan batuan yang terdiri daripada mineral. Semua batuan yang terdapat di atas muka bumi juga mengandungi mineral. Malah, tanah juga mengandungi mineral halus yang terserpih daripada batuan. Mineral juga ditemui di bulan dan juga di planet Utarid, Zuhrah, dan Marikh. | UMUM | |
KLASIKISME | Klasikisme ialah suatu falsafah seni dan kehidupan yang menekankan keteraturan, keseimbangan dan kesederhanaan. Orang Yunani purba merupakan penganut klasikisme yang pertama. Kemudian diikuti oleh orang Rom, Perancis, Inggeris dan lain-lain yang menghasilkan gerakan klasik. Setiap kumpulan membentuk ciri-ciri unik mereka yang tersendiri, tetapi semuanya mencerminkan keunggulan tertentu dalam bidang seni, kemanusiaan dan alam semesta. | UMUM | |
SEABORG, GLENN THEODORE | Seaborg, Glenn Theodore (19121999), ahli kimia Amerika Syarikat, menjadi terkenal kerana sumbangannya dalam penemuan beberapa unsur yang lebih berat daripada uranium. Seaborg dan sekutunya, Edwin M. Mc Millan, berkongsi Hadiah Nobel tahun 1951 dalam bidang kimia kerana penemuan unsur plutonium (Pu), amerisium (Am), kurium (Cm), berkelium (Bk), dan kalifornium (Cf). Seaborg kemudiannya menyumbang kepada penemuan einstenium (Es), mendelevium (Md), dan nobelium (No). Kesemua unsur ini adalah radioaktif dan semuanya dicipta secara artifisial. | UMUM | |
ADAT PERTABALAN YANG DIPERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN | ADAT PERTABALAN YANG DIPERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN, upacara menabalkan Yang Dipertuan Negeri Sembilan yang baharu untuk menggantikan Yang Dipertuan yang mangkat. Adat pertabalan tersebut diadakan di balai penghadapan. Alat kebesaran dipasang di kawasan istana dinamakan mendirikan adat. Alat tersebut ialah 16 kaki payung kuning, lapan bilah keris, lapan bilah pedang, lapan bilah tombak, dan 16 helai bendera Negeri Sembilan. Semuanya dibawa oleh juak-juak istana yang berpakaian kuning, hitam dan merah. | BUDAYA | Konsep |
BAHASA ORANG ASLI DI SEMENANJUNG | BAHASA ORANG ASLI DI SEMENANJUNG, bahasa yang dituturkan oleh Orang Asli di Semenanjung. Bahasa ini terbahagi kepada dua kelompok besar. Dalam kelompok pertama digolongkan bahasa-bahasa Orang Temuan, Orang Hulu (Jakun, Orang Kanak dan Orang Seletar, yang semuanya berbahasa Melayu sebagai satu-satunya bahasa ibunda mereka. Oleh itu, bahasa suku-suku itu tergolong dalam rumpun bahasa Austronesia, seperti semua dialek Melayu. Tetapi selain Orang Asli yang diklasifikasikan dalam Rumpun Austronesia tersebut, terdapat puluhan ribu Orang Asli yang hanya menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. | BAHASA | Bahasa |
SENI LAKON | SENI LAKON, semua bentuk seni persembahan yang dilakonkan sama ada di atas pentas, melalui radio, televisyen atau filem. Oleh itu wayang kulit, makyung, bangsawan, randai, waang wong, purbwara, sandiwara atau citawara, boria, tablo, menora dan teater, semuanya tergolong sebagai seni lakon. Seni lakon bertunjangkan elemen cerita yang dipersembahkan dengan unsur dramatik, iaitu mengandungi elemen konflik, suspens, kembara, silat, nyanyian, tarian, muslihat, dan sebagai daya tarikannya dibantu dengan alat set dan prop serta alat muzik, busana dan tatarias. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
AN ENGLISH MALAY DICTIONARY | AN ENGLISH MALAY DICTIONARY, kamus dwibahasa Inggeris _ Melayu setebal 524 halaman yang disusun oleh Sir Richard Winstedt dari University of London. Kamus ini merupakan edisi yang ketiga yang dicetak pada tahun 1952; cetakan pertama pada tahun 1949 dan cetakan kedua pada tahun 1951. Semuanya dicetak oleh Kelly, Walsh, di Singapura. | BAHASA | Bahasa |
KOBOI | Koboi ialah orang yang membantu menjaga sekawanan besar lembu untuk pemilik ladang ternak. Di Amerika Syarikat, koboi menjadi masyhur pada zaman sempadan Barat dahulu. Reputasi kerana berani menghadapi bahaya dan kesusahan menjadikan mereka wira kepada banyak orang Amerika. Kisah-kisah yang menyeronokkan tentang kehidupan koboi, nyanyian koboi yang merawan hati, dan bahasa koboi yang berwarna-warni semuanya telah menjadi sebahagian daripada cerita rakyat Amerika. Kebanyakan novel, pertunjukan wayang gambar, dan televisyen yang paling popular adalah tentang koboi. | UMUM | |
LINUS SURYADI AG. | LINUS SURYADI AG. (1951 ), penyair Indonesia. Dia lahir pada 3 Mac 1951 di Indonesia. Nama sebenarnya ialah Linus Suryadi Agustinus. Dia mendapat pendidikan Sekolah Dasar dan Sekolah Menengah Pertama di Sleman dan Sekolah Menengah Atas di BOPKRI I di Yogyakarta (1970). Dia pernah mengikuti latihan polis, mempelajari bahasa Inggeris di Akademi Bahasa Asing di Yogyakarta dan memasuki Institut Keguruan dan Ilmu Pendidikan (IKIP) Sanata Dharma Yogyakarta, namun semuanya tidak tamat. Pada tahun 1982, Linus mengikuti International Writing Program di Iowa, Amerika Syarikat. | SASTERA | Tokoh |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata semuanya |
|
|