Selangor (pend. 2 289 236) ialah negeri yang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia, keluasannya 8200 kilometer persegi, berada di antara garisan lintang 3 ° 40 dan 2 ° 30 utara. Ibu negerinya Shah Alam sementara bandar diraja ialah Kelang yang terletak di bahagian barat negeri itu. Shah Alam menjadi ibu negeri Selangor dan pusat pentadbiran pada tahun 1980 setelah mengalami perubahan pesat baik dari segi infrastruktur mahupun kependudukan. Ini disebabkan kawasan Shah Alam lebih luas dan mempunyai perancangan bandar moden yang lebih sistematik. Shah Alam semakin berkembang dengan mempunyai beberapa buah hotel mewah dan kawasan perindustrian dan pelancongan. |