Rawa ialah kawasan tanah yang basah, mampung yang dicirikan oleh tanah berasid dan ditumbuhi lumut yang tebal. Di rawa juga terdapat tumbuh-tumbuhan lain dan banyak tumbuh-tumbuhan yang telah reput sebahagiannya yang dikenali sebagai gambut . Kebanyakan rawa terdapat di kawasan utara, tetapi ia boleh terdapat hampir di seluruh dunia. Rawa selimut ialah kawasan yang keseluruhannya diselimuti oleh gambut. Kebanyakan rawa selimut didapati di Ireland dan Scotland. |