Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
PERBADANAN PEMBANGUNAN BANDAR (UDA) | Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) ialah badan berkanun di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan. Badan ini lebih dikenali sebagai UDA iaitu singkatan daripada Urban Development Authority. UDA berfungsi sebagai pelaksana dasar-dasar kerajaan bagi menyusun semula masyarakat selaras dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) melalui pembangunan dan penyusunan semula bandar. | UMUM | |
ANZUS | ANZUS adalah perjanjian pertahanan yang dibuat secara kolektif yang dibuat oleh Australia, New Zealand, dan Amerika Syarikat. Nama tersebut menggabungkan huruf pertama setiap nama negara ahli. Setiap negara tersebut mengisytiharkan bahawa serangan bersenjata terhadap kawasan Pasifik di mana-mana satu daripada tiga negara ini membahayakan mereka semua. Setiap negara berjanji untuk bertindak menentang bahaya yang dialami bersama selaras dengan proses perlembagaannya. Perjanjian tersebut ditandatangani di San Francisco pada 1 September 1951 dan mula berkuat kuasa pada 29 April 1952. | UMUM | |
BAHASA MELAYU SELEPAS MERDEKA | BAHASA MELAYU SELEPAS MERDEKA, bahasa Melayu yang digunakan antara bulan September 1957 hingga tahun 1967. Bahasa ini memainkan peranan baharu sebagai bahasa kebangsaan selaras dengan taraf dan kedudukannya seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 152 dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967. | BAHASA | Konsep |
RANGKAP BEBAS | Rangkap bebas ialah gaya puisi yang tidak mengikuti peraturan tradisional mengarang puisi. Dalam penulisan rangkap bebas, penyair mengelakkan unsur-unsur tertentu seperti pola irama atau ritma. Sebaliknya, penyair membezakan panjang sesuatu rangkap, dan menggunakan bilangan suku kata luar biasa dalam rangkap, dan menggunakan tempat berhenti yang ganjil di penghujung setiap rangkap. Mereka juga menggunakan pelat dan ritma yang tidak sama dan skima ritma yang tidak selaras. Tetapi rangkap bebas tidak bebas daripada semua bentuk. Ia tetap menggunakan teknik asas puisi sebagai aliterasi dan ulangan. | UMUM | |
UDA | UDA, agensi berkanun. UDA ialah singkatan Urban Development Authority (Perbadanan Pembangunan Bandar). Ia berperanan sebagai pelaksana dasar-dasar kerajaan bagi menyusun semula masyarakat selaras dengan Dasar Ekonomi Baru melalui pembangunan dan penyusunan semula bandar. UDA ditubuhkan pada 1 September 1971 di bawah Akta Perbadanan Pembangunan Bandar 1971. Akta ini mengandungi fungsi-fungsi utama UDA iaitu bagi memajukan dan melaksanakan projek-projek di kawasan pembangunan bandar bagi pembangunan, pembangunan semula dan penempatan semula. Ia juga bertujuan supaya peluang dalam bidang perdagangan, perusahaan, perumahan dan lain-lain dapat diagihkan dengan sama rata dan adil antara berbagai-bagai kaum. Melalui program tindakan pembangunan yang dijalankan oleh UDA, diharapkan akan dapat membentuk dan menyusun semula masyarakat melalui pembangunan bandar. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
DEWAN BAHASA | DEWAN BAHASA, majalah bahasa yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 1957. Keluaran sulungnya ialah pada bulan September 1957 dengan cogan kata yang berbunyi Mendukung Cita-cita Bahasa Jiwa Bangsa. Cogan kata ini selaras dengan matlamat penubuhan DBP, iaitu untuk memenuhi perjuangan dan aspirasi rakyat mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. | BAHASA | Penerbitan |
TILAWAH AL-QUR'AN | TILAWAH AL-QURAN, perujian membaca al-Quran yang merupakan satu tradisi dan peristiwa tahunan di Malaysia. Perkataan tilawah bererti ujian. Sebelum ini; tilawah dikenal dengan musabaqah al-Quran yang bermakna membaca al-Quran. Pertandingan ini bertujuan untuk menggalakkan umat Islam menghayati al-Quran, membacanya, mempelajari hikmah isi kandungannya dan menghafalnya. Ini selaras dengan agama Islam sebagai agama rasmi. | BUDAYA | Peristiwa |
REVOLUSI MENTAL | REVOLUSI MENTAL, gerakan reformasi anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada akhir tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an yang bertujuan mengubah pemikiran dan budaya orang Melayu yang dikatakan tidak selaras dengan arus pembangunan. Idea tentang gerakan reformasi ini terkandung dalam sebuah buku dengan judul yang sama iaitu Revolusi Mental, suntingan Senu Abdul Rahman. Buku ini dicetak bagi pihak UMNO oleh Utusan Melayu (Malaysia) Berhad pada tahun 1971 dan diulang cetak pada tahun 1973. Buku ini diterbitkan selepas Peristiwa 13 Mei 1969 dan pelancaran Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1971. Revolusi Mental lahir dalam konteks orang Melayu merasa diri mereka terancam di tanah air mereka sendiri kerana mereka dikatakan tidak mempunyai keupayaan untuk bersaing dengan orang bukan Melayu dan bangsa-bangsa lain di dunia. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
MITOS | MITOS, cerita yang memberi keterangan tentang suatu tanpa diketahui siapa pengarangnya. Mitos berakar umbi daripada sesuatu kepercayaan masyarakat semasa masyarakat itu masih dalam keadaan primitif. Mitos merupakan percubaan masyarakat itu memberi keterangan tentang sesuatu yang berlaku dalam alam sekelilingnya, seperti apabila seorang dewasa cuba menjawab soalan daripada seorang kanak-kanak. Keterangan yang diberikan adalah sesuai dan selaras dengan tahap pemikiran yang dicapai oleh masyarakat semasa mitos itu diciptakan. Keterangan yang diberikan dalam mitos itu juga diterima oleh akal masyarakat tersebut. | SASTERA | Kepercayaan |
SEKIM AMANAH SAHAM NASIONAL | SEKIM AMANAH SAHAM NASIONAL, skim saham amanah yang pertama yang ditubuhkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB). Sekim Amanah Saham Nasional (Sekim ASN) ditubuhkan dengan tujuan menggembleng tabungan kaum bumiputera termasuk golongan di luar bandar serta memupuk tabiat menabung di kalangan mereka. Sekim ASN dilancarkan secara rasmi pada 20 April 1981 oleh Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia. Skim ini mempunyai ciri-ciri yang unik dan telah membawa pulangan yang baik dan stabil dalam bentuk dividen dan bonus kepada para pelabur sejak penubuhannya. Skim ini adalah wahana utama kerajaan bagi meningkatkan pemilikan ekuiti bumiputera dalam sektor korporat dan membantu membasmi kemiskinan di kalangan mereka selaras dengan matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |