Sulfonamida ialah sebarang kumpulan sebatian antibakteria yang berkait secara kimia. Sulfonamida merupakan ubat pertama yang terbukti selamat dan berkesan bagi menentang banyak jangkitan bakteria biasa. Sulfonamida memainkan peranan utama dalam merawat antibakteria dari akhir tahun 1930-an hingga pertengahan tahun 1940-an, apabila penisilin dapat diperoleh dengan banyaknya. Bilangan kematian yang disebabkan banyak penyakit berjangkit menurun dengan mendadak disebabkan penemuan sulfonamida. Ubat-ubatan tersebut membantu menyelamatkan banyak nyawa semasa Perang Dunia II (19391945). Kini, para doktor menyarankan penggunaan sulfonamida, khususnya untuk merawat jangkitan salur kencing. |