Danton, Georges Jacques (17591794) ialah pemimpin Revolusi Perancis yang terkenal. Dasar Danton ialah, berani, lebih berani, selamanya berani, dan Perancis akan terselamat! Mungkin dia juga yang bertindak lebih bagi melahirkan dan mempertahankan Republik Perancis berbanding dengan orang lain. Walau bagaimanapun, Danton bertanggungjawab terhadap pembunuhan beramai-ramai, yang dikenali sebagai zaman Reign of Terror, kerana dia menganggapnya perlu demi untuk menyelamatkan negaranya. |