Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
SEKOLAH PONDOK | SEKOLAH PONDOK, institusi pengajian dan pendidikan Islam secara tradisional. Terdapat pelbagai nama yang diberikan kepada sekolah pondok seperti pesantren di Jawa, penjentren di Madura, ranggang di Aceh dan surau di Minangkabau. Sekolah pondok adalah sebuah kawasan yang di dalamnya terdapat institusi pengajian Islam yang berbentuk tradisional. Terdapat rumah-rumah kecil yang didirikan berasingan. Bentuknya hampir sama antara satu dengan yang lain. Rumah-rumah ini didirikan secara tersusun yang berhampiran dengan rumah tuan guru dan surau atau masjid. Rumah-rumah kecil tersebut merupakan tempat tinggal pelajar, manakala surau atau masjid dijadikan tempat belajar dan beribadat. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
ABU BAKAR AL-BAQIR | BU BAKAR AL-BAQIR (1907-1973), ulama, ahli politik dan pendidik. Dia lahir di Gunung Semanggol, Perak. Pendidikan awalnya bermula di Sekolah Melayu Gunung Semanggol dan Sekolah Pondok al-Rahmaniah (1919) dan Sekolah Pondok Dairat al-Maarif, Kepala Batas, Seberang Perai Utara (1924). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
SALLEH ABDUL RAHMAN | SALLEH ABDUL RAHMAN (1865 1961), ulama, pengasas Madrasah al-Arabiyah, Temoh, Perak. Dia terkenal dengan panggilan Kiai Haji Salleh. Dia lahir di daerah Poerworedjo, Jawa Tengah Indonesia. Dia mendapat pendidikan agama di beberapa buah sekolah pondok, termasuklah Pesantren Tebuireng, Djombang, Jawa Tengah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
PENGAJIAN MELAYU DI THAILAND | PENGAJIAN Melayu DI THAILAND, pusat pengajian bahasa Melayu. Pengajian Melayu di Thailand merupakan pengajian sampingan bermula bersama-sama penyebaran agama Islam khususnya di bahagian selatan Thailand. Secara formalnya, pengajian Melayu di kawasan tersebut bermula di institusi pengajian agama yang dikenal sebagai sekolah pondok. Di samping mempelajari agama Islam, pelajar diwajibkan mempelajari bahasa Melayu supaya mereka dapat memahami kitab agama yang ditulis dalam tulisan Jawi. Struktur bahasa Melayu dipengaruhi struktur bahasa Arab. Setelah sistem ejaan Rumi diperkenalkan di Malaysia dan Indonesia, maka sistem tulisan Rumi mula diperkenalkan di institusi-institusi tersebut supaya pelajar dapat membaca buku-buku agama yang diterbitkan dari negara jiran iaitu Malaysia dan Indonesia. Walau bagaimanapun, tulisan Jawi lebih digemari daripada tulisan Rumi. Kegemaran ini menyebabkan kerajaan Thailand mengistilahkan bahasa Melayu sebagai Bahasa Jawi dalam perlembagaannya. | BAHASA | Institusi/Organisasi |
MOHD. DAUD ABD. SAMAD | MOHD. DAUD ABD. SAMAD (1925-1982), Menteri Besar Terengganu (1959-1961). Dia lahir di Besut, Terengganu. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Pasir Puteh, Kelantan (1935-1939), Sekolah Inggeris Sultan Ismail, Kota Bharu (1940-1941) dan sekolah pondok di Besut, Terengganu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
HAJI YAHAYA JUNID | HAJI YAHAYA JUNID (1911 - ), ahli agama dan politik. Dia lahir pada tahun 1911 di Selengkoh, Mukim Sungai Daun, Yan, Kedah. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Titi Gajah, Kepala Batas, Alor Setar, pelajaran agama di Sekolah Pondok Tandop, Pengkalan Kundur, Alor Setar, di Pondok Titi Gajah, Kepala Batas, Alor Setar dan di Pondok Pokok Sena, Kepala Batas, Seberang Perai. Dia seterusnya belajar di Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan dan di Makkah untuk terus mendalami pelajaran agamanya. Di Makkah dia belajar di Masjidil Haram daripada ulama terkenal antaranya Syekh Yasin Isa al-Fadani (Padang, Sumatera), Ibrahim al-Khumati Madani (Orang Rusia), Hassan Said Yamani, dan Syed Amin al-Khutubi. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
YAHYA NAZIM | YAHYA NAZIM (1919- ), nasionalis. Dia lahir pada 29 Mac 1919 di Batu 13, Hulu Langat, Selangor. Yahya mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Hulu Langat hingga Darjah Lima. Dia kemudiannya memasuki kelas khas untuk menjadi guru di Dusun Tua. Pada tahun 1935, dia belajar di sekolah pondok di Batu Hampar, Kedah. Pada tahun 1937, dia bersekolah di Gunung Semanggol, Perak. Dia dipilih menjadi ketua pelajar di sekolah tersebut. Pendidikannya terjejas kerana sekolah ini terpaksa ditutup apabila Jepun menduduki Tanah Melayu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SENI BINA ISLAM | Seni bina Islam adalah salah satu bidang penting yang dikuasai oleh umat Islam. Ini terbukti dengan keupayaan para arkitek Islam membina pelbagai jenis bangunan yang mempunyai ciri-ciri keagamaan dan ilmiah seperti masjid, sekolah dan pondok. Contoh seni bina bercorak moden termasuk istana, rumah, hotel, pejabat kerajaan, agensi, hospital, air pancut dan jambatan; serta bangunan yang mempunyai ciri pertahanan seperti kota, kubu, tembok, pintu gerbang dan kem tentera. Setiap binaan mempunyai ciri dan peranannya yang tersendiri. Reka bentuknya berbeza berdasarkan masa dan keadaan setempat. | UMUM | |
SYED ALWI SYED HASSAN, DATO' | SYED ALWI SYED HASSAN, Dato (1930-2008), penulis dan pengarah drama. Beliau lahir pada 29 Mac 1930 di Pondok Tanjung, Taiping, Perak. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Pondok Tanjung, kemudian melanjutkan pelajarannya di Sekolah Inggeris King Edward VII, Taiping. Selepas itu, beliau berpindah ke Sekolah Inggeris Clifford, Kuala Kangsar sehingga memperoleh Sijil Pelajaran Cambridge pada tahun 1950. Beliau memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Kewartawanan dan Seni Teater (1953-1958) dari Universiti Minassota, Amerika Syarikat. Sumbangannya terhadap bidang teater, filem dan televisyen di Malaysia membolehkan Syed Alwi menerima Hadiah Pelajaran Tabung John D Rockeffeler III untuk mengkaji perkembangan teater dan filem semasa di Amerika Syarikat dari April hingga Jun 1980. | BUDAYA | Tokoh |
FARIDAH MAT SAMAN | FARIDAH MAT SAMAN (1948 - ), qariah Malaysia. Dia lahir di Pahang dan dibesarkan di Kelantan. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Melayu Pasir Mas. Kemudian dia menyambung pelajaran agama di Pondok haji Ghazali, Mundok, Selatan Thailand. | BUDAYA | Tokoh |
|
|