Satin ditenun dengan benang pakan (benang melintang) tidak menyilang benang lungsin (benang memanjang) sekerap tenunan kain jenis lain. Satin tidak mempunyai corak serong yang nyata. Malahan fabrik ini licin dan berkilat. Satin juga merujuk kepada fabrik sutera, nilon, rayon dan kapas dengan tenunan satin. |