Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA | UNIVERSITI UTARA MALAYSIA, universiti keenam di Malaysia. Universiti ini ditubuhkan pada 16 Februari 1984. Hasrat utamanya adalah bagi menambahkan tenaga pengurus yang mahir dan menampung bilangan pelajar ke peringkat pengajian tinggi yang sentiasa meningkat. Kampus sementara Universiti Utara Malaysia (UUM) terletak di Bandar Darul Aman, Jitra, Kedah. Walaupun berupa kampus sementara tetapi lengkap dengan berbagai-bagai kemudahan seperti Pusat Komputer, Dewan Besar, kemudahan rekreasi, kompleks sukan dan sebagainya di kawasan seluas 64 ekar. Kampus sementara UUM sekarang ini diambil alih oleh Institut Perguruan Darul Aman (IPDA). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
CIK SITI WAN KEMBANG | CIK SITI WAN KEMBANG (1580-1677), pemerintah negeri bernama Negeri Serendah Sekebun Bunga Cerang Tagayong dengan gelaran Seri Maharaja Puteri. Mengikut sejarah tempatan, Cik Siti Wan Kembang ialah puteri kepada Raja Ahmad, Yang Dipertua Kelantan dengan isterinya yang bernama Cik Banun, anak bongsu kepada Nara Diraja, seorang pembesar Kelantan. Semasa Cik Siti Wan Kembang berusia lebih kurang empat tahun, Raja Ahmad mangkat. Baginda digantikan oleh Raja Hussin dari Johor dengan gelaran Sultan Hussin. Raja Hussin ialah satu-satunya putera kepada Raja Umar, iaitu Sultan Johor yang bergelar Sultan Ala Jalla Abdul Jalil II yang memerintah Johor dari tahun 1570 hingga tahun 1597. Sultan Hussin memerintah Kelantan selama 26 tahun, dari tahun 1584 hingga tahun 1610. Cik Siti Wan Kembang yang masih kecil itu diasuh oleh Sultan Hussin sebagai puteri angkat baginda. Apabila Sultan Hussin mangkat pada tahun 1610, Cik Siti Wan Kembang, ketika itu berusia lebih kurang 30 tahun, ditabal sebagai Raja Pemerintah Kelantan. Cik Siti Wan Kembang dikatakan bersemayam di Gunung Besar yang kemudian dinamai Gunung Cintawangsa yang sekarang ini terletak di sempadan Kelantan-Terengganu. Baginda tidak bersuami. Di bawah pemerintahan Cik Siti Wan Kembang negeri Kelantan bertambah maju dan terkenal sehingga ramailah pedagang termasuk yang datang dari luar negeri seperti dari negeri China, India dan Arab berniaga di Kelantan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
MASTODON | Mastodon ialah haiwan yang hampir serupa dengan gajah. Sekarang, haiwan ini telah pupus. | UMUM | |
AUSTIN, STEPHEN FULLER | Austin, Stephen Fuller (17931836) merupakan penjajah Amerika. Pada tahun 1820-an, dia memulakan koloni Amerika yang pertama, sekarang ini dipanggil Texas. Kawasan ini adalah sebahagian daripada Mexico pada waktu itu. | UMUM | |
MUBALIGH KRISTIAN | Mubaligh Kristian bermakna seseorang yang berperanan mengajak memeluk dan mempengaruhi orang ramai supaya memeluk agama Kristian. Dia menggunakan pelbagai cara untuk mencapai tujuan itu termasuklah melalui bidang pendidikan, kepakaran akademik, penjagaan kesihatan dan khidmat sosial yang lain. Aktiviti ini sekarang dijalankan oleh pihak gereja yang lebih dikenali sebagai kristianisasi. | UMUM | |
ASHTON, SIR FREDERICK | Ashton, Sir Frederick (19041988) ialah koreografer (penggubah tarian). Tariannya yang lemah lembut lagi halus menolong mewujudkan gaya Inggeris sekarang ini pada balet klasik. | UMUM | |
DEMAM TIFOID | Demam tifoid ialah sejenis penyakit serius yang dijangkitkan oleh bakteria, yang menyebabkan demam panas, keletihan dan dalam kes yang teruk, kematian. Pada masa dahulu ia lebih kerap berlaku di kawasan yang padat penduduknya. Walau bagaimanapun setelah cara kesihatan dan sanitasi yang baik dikembangkan, demam tifoid jarang-jarang berlaku. Penyakit ini sekarang jarang-jarang sekali berlaku di tempat-tempat yang mempunyai standard sanitasi yang moden. | UMUM | |
PHILIPPI | Philippi ialah bandar yang pernah wujud di Macedonia . Bandar ini terletak kira-kira 13 kilometer dari pantai Aegean, berhampiran bandar Kavalla , di Greece sekarang. | UMUM | |
TALENT | Talent ialah unit lama yang terkenal, digunakan untuk berat dan nilai. Orang Ibrani, Babylon, Yunani, dan Rom menggunakannya. Duit syiling dalam jenis mata wang ini tidak pernah dibuat kerana duit syiling itu akan menjadi terlalu besar. Sebaliknya beberapa keping syiling lain bersamaan satu talent. Talent perak orang Ibrani bersamaan dengan 3000 shekel perak. Talent emas mempunyai berat dan nilai yang berbeza di tempat-tempat yang berbeza. Penggunaan perkataan talent sekarang yang bermakna kebolehan yang istimewa , mungkin datang secara simboliknya dari sebuah cerita dalam Bible (Matthew 25:1430). | UMUM | |
PERSATUAN MELAYU PULAU PINANG | PERSATUAN MELAYU PULAU PINANG, persatuan untuk menjaga kepentingan orang Melayu. Persatuan yang juga dikenal sebagai PEMENANG ini ditubuhkan pada 9 Mei 1927 dengan nama asalnya Penang Malay Association. Persatuan ini ditubuhkan untuk menjaga kepentingan bangsa Melayu dan agama Islam di bawah kerajaan British. Pada peringkat awal, persatuan ini menjalankan operasinya di pejabat Dr. Kamil Mohamad Ariff, di Lebuh Leith dan S.M. Eusoff, di Jalan Burma. Alamat persatuan ini sekarang ialah Bangunan Persatuan Melayu Pulau Pinang, No. 117,. Jalan Macalister, 10400 Pulau Pinang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Persatuan |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata sekarang ini |
|
Puisi |
---|
|
Zaman sekarang pandan berbunga, Kini sekarang bunganya layu; Zaman sekarang adik diguna, Kini sekarang dibuang lalu.
Lihat selanjutnya... |
|