Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
MASTODON | Mastodon ialah haiwan yang hampir serupa dengan gajah. Sekarang, haiwan ini telah pupus. | UMUM | |
AUROCHS | Aurochs, juga dikenali sebagai urus , nama sejenis lembu liar yang telah pupus. Lembu jinak yang ada sekarang berasal daripada auroch. Lebih kurang 10 000 tahun dahulu, auroch dapat ditemui di seluruh Eropah, Asia, dan Afrika Utara. | UMUM | |
AUSTIN, STEPHEN FULLER | Austin, Stephen Fuller (17931836) merupakan penjajah Amerika. Pada tahun 1820-an, dia memulakan koloni Amerika yang pertama, sekarang ini dipanggil Texas. Kawasan ini adalah sebahagian daripada Mexico pada waktu itu. | UMUM | |
ASHTON, SIR FREDERICK | Ashton, Sir Frederick (19041988) ialah koreografer (penggubah tarian). Tariannya yang lemah lembut lagi halus menolong mewujudkan gaya Inggeris sekarang ini pada balet klasik. | UMUM | |
PHILIPPI | Philippi ialah bandar yang pernah wujud di Macedonia . Bandar ini terletak kira-kira 13 kilometer dari pantai Aegean, berhampiran bandar Kavalla , di Greece sekarang. | UMUM | |
MAHMUD II | Mahmud II (1199 H.1255 H./1784 M.1839 M.) ialah Sultan Mahmud II putera Sultan Abdul Hamid I, salah seorang sultan kerajaan Uthmaniyyah. Baginda lahir di Islambul (sekarang digunakan nama Istanbul) dan menduduki takhta pemerintahan selepas abangnya, Sultan Mustafa IV pada tahun 1223 H./1808 M. Namanya dikaitkan dengan gerakan pembaikan dalaman bagi menyusun semula kerajaan dan memerangi gerakan reformasi di Najd yang diketuai oleh Imam Muhammad ibn Saud dan Muhammad ibn Abd al- Wahhab lebih-lebih lagi apabila gerakan ini mampu menggabungkan Hijaz dan Ahsa dalam Kerajaan Pertama Saudi. Namanya juga dikaitkan dengan penyusunan tentera Turki dan menukarkannya kepada sistem ketenteraan yang teratur. Usaha penyusunan tentera ini selesai pada tahun 1241 H./1825 M. | UMUM | |
ACONCAGUA | Aconcagua ialah gunung berapi mati dan gunung yang paling tinggi di Hemisfera Barat. Tingginya 6959 meter, dan terletak di barat tengah Argentina, dekat Chile. Pada zaman dahulu, Aconcagua mungkin 300 meter lebih tinggi daripada sekarang. Tetapi bahagian atasnya telah runtuh dan tidak ada lagi kesan kawahnya. | UMUM | |
BAHASA MELAYU PATANI | BAHASA MELAYU PATANI, bahasa Melayu yang menjadi bahasa ibunda bagi penduduk majoriti berbangsa Melayu di Patani yang sekarang terdiri daripada wilayah Patani, Yala dan Narathiwat, dan juga daerah Chana dan daerah Thepha di wilayah Songkhla. | BAHASA | Konsep |
ISLAM DI CAMPA | ISLAM DI CAMPA, perkembangan agama Islam di Campa yang bermula pada tahun 953 M. Kerajaan Campa wujud sejak abad ke-2 M. hingga abad ke-19 di kawasan yang sekarang dikenal sebagai Vietnam Tengah. Sepanjang sejarah kerajaan Campa, ibu kotanya sering dipindahkan iaitu di Indrapura, Amarawati, Vijaya, Kauthara dan Panduranga. Sesudah Vietnam menduduki kerajaan Campa, ramai orang Campa melarikan diri ke Kemboja, Thailand, serta ke kawasan lain di Nusantara seperti Melaka, Jawa dan Aceh. Sebahagian daripada mereka merantau ke bahagian selatan iaitu Panduranga yang sekarang dikenal sebagai Phanrang di Vietnam. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
PERMAINAN LUNCUR AIR | Permainan luncur air, sejenis sukan air yang menguja dengan pemainnya menunggang buih ombak di lautan. Penduduk di pulau yang kini dikenali sebagai Hawaii telah bermain luncur air sebelum penjelajah Christopher Columbus belayar ke Dunia Baru pada tahun 1492. Sekarang permainan luncur air sangat popular di banyak negara, termasuk Australia , Brazil, Perancis, Indonesia, Jepun, Portugal, Peru , Afrika Selatan, dan Amerika Syarikat. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata sekarang |
|
Puisi |
---|
|
Sungguh tuan selasih tumbuh, Zaman sekarang kaduk berbunga; Dulu tuan kasihnya sungguh, Sekarang saya tidak berguna.
Lihat selanjutnya... |
|