Auchinleck, Sir Claude John Eyre (1884 1981), marsyal medan perang British yang bertugas di Mesir dan Mesopotamia dalam Perang Dunia I (19141918). Dalam Perang Dunia II (19391945), dia menjadi ketua komander untuk kuasa Berikat di India pada tahun 1941 dan sekali lagi pada tahun 1943 hingga tahun 1947. Dia meghadapi cabaran paling hebat dalam kariernya sewaktu bertugas sebagai ketua komander di Timur Tengah (19411942). Tentera kelapan pimpinannya kekurangan tenaga dan senjata. Namun, Auchinleck tetap mara menentang kuasa Paksi dan dipaksa berundur. Dia mengumpulkan semua tenteranya di belakang El Alamein tetapi telah ditarik jawatan komandernya sebelum dia sempat bertindak. Dia lahir di Aldershot, Hampshire, England. |