Nama pena ialah nama yang digunakan oleh pengarang sebagai ganti namanya yang sebenar. Nama pena juga dikenali sebagai nama samaran . Ribuan pengarang menggunakan nama pena. Kebanyakannya adalah novelis popular yang menggunakan lebih daripada satu nama pena untuk mengelakkan pasaran dibanjiri dengan karya yang diterbitkan atas nama yang sama. Penulis kadangkala menggunakan nama pena untuk menyembunyikan identiti mereka atas alasan perundangan, untuk melindungi peribadi mereka atau kerana mereka menangani karya yang bersifat sangat peribadi dan kontroversi. Pada tahun 1800- an, ramai penulis wanita menggunakan nama pena lelaki kerana wujudnya diskriminasi seks terhadap penulis wanita. |