Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
SATIRA | Satira ialah penggunaan ironi atau sindiran untuk membidas sesetengah bentuk perlakuan manusia. Kebanyakan satira muncul dalam kesusasteraan, tetapi satira juga memainkan peranan yang penting dalam bentuk-bentuk seni yang lain. Kebanyakan penulis satira menyatakan bahawa mereka mahu memaparkan dan merubah kelemahan manusia seperti tamak dan megah diri. Tetapi ada juga penulis satira yang hanya suka mencemuh kelakuan manusia. | UMUM | |
NYE, BILL | Nye, Bill (18501896), penulis satira lucu Amerika yang popular. Dia menjadi masyhur kerana kemahiran menulis esei dan anekdot (cerita ringkas) tentang pelbagai subjek daripada American West kepada kewartawanan. Nye juga merupakan pensyarah komik yang berjaya. | UMUM | |
SKELTON, JOHN | Skelton, John (1460?1529) ialah penulis satira yang terkenal semasa zaman awal pemerintahan keluarga diraja Tudor di England. Skelton tinggal di istana, dan menjadi guru peribadi Henry VIII, anak raja yang masih muda pada masa itu. Skelton menjadi paderi pada tahun 1498, dan dari tahun 1502 berkhidmat sebagai paderi Diss di Norfolk. | UMUM | |
NASH, OGDEN | Nash, Ogden (19021971) ialah penulis puisi jenaka dan satira Amerika yang popular. Dia mencipta puisi yang unik di dalam bentuk yang ringan. | UMUM | |
BUTLER, SAMUEL | Butler, Samuel (16131680) ialah penyair Inggeris dan penulis satira. Dia paling terkenal kerana puisinya yang panjang, Hudibras (bahagian 1, 1663; bahagian II,1664; bahagian III, 1678). | UMUM | |
POPE, ALEXANDER | Pope, Alexander (16881744) ialah penyair Inggeris yang terulung pada awal tahun 1700-an. Satira puisinya yang dianggap sangat indah mencemuh pelbagai bentuk kebodohan manusia. Karyanya yang lucu tetapi penuh sindiran menjadikannya penulis yang paling digeruni di England pada zamannya. | UMUM | |
MACAULAY, DAME ROSE | Macaulay, Dame Rose (18811958), penulis British yang telah mendapat pengiktirafan pada tahun 1920 melalui novel Potterism, sebuah satira yang sebahagiannya fantasi dan sebahagiannya pula tragedi. | UMUM | |
SWIFT, JONATHAN | Swift, Jonathan (16671745) ialah pengarang Inggeris yang menulis Gullivers Travels (1726), sebuah mahakarya kesusasteraan komedi. Swift dikenal penulis satira yang agung disebabkan oleh kebolehannya menyindir adat resam, idea dan tindakan yang dianggapnya bodoh atau membahayakan. Satiranya biasanya perit, tetapi amat melucukan dan menyenangkan. Swift memberi perhatian kepada kebajikan dan tingkah laku rakyat pada zamannya, khususnya kebajikan orang Ireland dan tindak tanduk orang Inggeris terhadap Ireland. Swift ialah paderi gereja Protestan yang menjadi wira di Ireland Roman Katolik. | UMUM | |
SOYINKA, WOLE | Soyinka, Wole (1934 ) ialah penyair, penulis drama, novel, dan pengkritik dari Nigeria. Dia menerima Hadiah Nobel untuk kesusasteraan pada tahun 1986. Soyinka seorang penulis serba boleh yang mampu mengubah penulisannya antara satira lucu dengan gaya lirik yang indah dalam pelbagai karyanya. Dia mengadunkan teknik penulisan Barat untuk cerita rakyat kaum Yoruba dengan amat berkesan. Dua buah novelnya ialah The Interpreters (1965) dan Season of Anomy (1973). Antara karya dramanya yang diterbitkan termasuk The Swamp Dwellers (1958), The Lion and the Jewel, dan The Invention (1959). | UMUM | |
SENECA, LUCIUS ANNAEUS | Seneca , Lucius Annaeus (4 S.M.?65 M.) ialah negarawan Rom, penulis, dan ahli falsafah Stoik. Karya-karyanya yang masih wujud termasuk 12 esei falsafah, 124 surat dan satu esei meteorologi, satu satira dan sembilan drama tragedi. Drama tragedinya mengadaptasi subjek yang digunakan oleh penulis drama Yunani. Tetapi drama tragedinya, melodrama yang hebat, ganas penuh dengan bahasa retorik. Fokusnya adalah pada kepercayaan orang Stoik bahawa malapetaka berlaku apabila nafsu memusnahkan taakulan. Drama ini banyak mempengaruhi drama tragik di Itali, Perancis dan England pada zama Elizabeth. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata satira |
|
|