Saringan Eratosthenes ialah satu kaedah yang dicipta oleh ahli matematik Yunani, Eratosthenes untuk mengenal pasti nombor perdana . Nombor perdana ialah nombor selain nombor 1 yang hanya boleh didarabkan secara genap dengan 1 dan dengan nombor itu sendiri. Kini, komputer elektronik boleh digunakan untuk mengenal pasti nombor perdana, tetapi sistem itu masih sama dengan kaedah yang digunakan oleh Eratosthenes. |