Mil oat ialah keluaran makanan yang dibuat daripada oat. Ia biasanya dimakan sebagai bijirin sarapan yang dimasak yang dinamakan bubur. Mil oat dibuat dengan membuang sekam luar isirung oat. Groat atau bahagian dalam isirung, dilecek untuk menanggalkan kulit luarnya. Kemudian, ia dikukus sebahagiannya masak, dan digelek untuk membentuk emping. Mil oat segera dimasak, didapati apabila groat dipotong menjadi kepingan yang lebih kecil sebelum digelek menjadi emping. Mil oat adalah sumber vitamin B dan zat besi yang baik. Satu cawan (240 gram) bubur mil oat mengandungi kira-kira 23 gram karbohidrat, lima gram protein, dua gram lemak. Satu cawan terdiri daripada kira-kira 85 peratus air dan mempunyai 130 kalori. |