Surah al-Ankabut ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-29 mengikut susunan surah dalam al-Quran dan mengandungi 69 ayat. Ia dinamakan Surah al-Ankabut (Labahlabah) kerana Allah S.W.T. membuat perbandingan penyembahan kepada berhala yang dipahat dan sangkaan berbilang tuhan dengan labah-labah, sebagaimana yang disebutkan dalam ayat 41 yang bermaksud: Misal bandingan orang-orang yang menjadikan benda-benda yang lain daripada Allah sebagai pelindung-pelindung (yang diharapkan pertolongannya) adalah seperti labah-labah yang membuat sarang (untuk menjadi tempat perlindungannya).... (Surah al-Ankabut 29:41) |