Telefon ialah alat yang digunakan untuk menghantar dan menerima mesej suara, biasanya dengan menggunakan arus elektrik. Ia merupakan salah satu kaedah komunikasi yang sangat berguna. Dalam beberapa saat sahaja, anda dapat menelefon seseorang yang berada di seberang jalan, di bahagian lain dalam negara, ataupun dengan seseorang di benua lain. Perkataaan telephone ( telefon ) berasal daripada dua perkataan Yunani yang bermakna far ( jauh ) dan sound ( bunyi ) . |