Melville, Herman (18191891), salah seorang pengarang utama Amerika. Dia mengarang Moby- Dick , salah sebuah novel agung dalam kesusasteraan, dan reputasi Melville, terletak pada buku ini. Walau bagaimanapun, banyak karyanya yang lain merupakan ciptaan kesusasteraan yang sangat tinggi mutunya berupa campuran fakta, fiksyen, pengembaraan, dan simbolisme halus. Pengalaman peribadi Melville yang luas di tempat yang jauh, sangat istimewa malahan dalam dunia lepas bebas dan juga penjelajahan dunia tahun 1800-an. Melville memasukkan ke dalam pengembaraan yang luar biasa itu, gambaran hidup dan skeptisisme yang penuh falsafah di samping kemahiran yang luar biasadalam menggunakan bahasa Inggeris Amerika. |