SALLEH ABD. LATIFF | SALLEH ABD. LATIFF (1947 - ), penulis Negara Brunei Darussalam. Dia lahir pada 22 September 1947 di Kampung Lurong Sikuna, Brunei. Nama sebenarnya ialah Mohd. Salleh bin Abd. Latif. Dia menggunakan nama pena seperti Ala Salfa, Ala Sahmah, FM, Sal dan Winnie Mas. Dia mendapat pendidikan Melayu dan Inggeris dari tahun 1953 hingga tahun 1965. Dia juga pernah menuntut di North East London Polytechnic, London (1980 1982) dan memperoleh diploma tertinggi (IIND) dalam pengajian pengurusan. Dengan kelulusan itu, dia diterima sebagai ahli penuh British Institute of Management (BIM). | SASTERA | Tokoh |