Petrarch (13041374) ialah penyair dan sarjana Itali yang agung. Puisi cintanya tidak ada saingan pengaruh dalam dunia kesusasteraan. Dia juga seorang sarjana yang dihormati sehinggakan pemerintah dan Paus meminta khidmatnya. Petrarch mendahului dalam menemukan kehebatan penulis- penulis klasik dan membantu memulakan pergerakan yang kemudiannya dikenali sebagai humanisme . Penulis Latin seperti Cicero dan Livy mungkin tidak akan dikenali hari ini sekiranya Petrarch tidak menemui tulisan-tulisan mereka yang terpadam dalam perpustakaan di biara-biara. |