Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
ZINA | Persetubuhan yang tidak sah atau haram antara lelaki danpermpuan tanpa ikatan nikah yang mengikut syarak. | AGAMA | Konsep |
MORATORIUM | Moratorium ialah penangguhan sah untuk pembayaran hutang atau tanggungjawab kewangan. Ia dicapai melalui dekri perundangan atau eksekutif. Moratorium melambatkan tindakan undang-undang terhadap hutang dan tidak melepaskan penghutang daripada tanggungjawab untuk membayar tetapi sekadar menangguhkan tarikh hutang yang perlu dibayar. | UMUM | |
LIEN | Lien ialah tuntutan yang sah di sisi undang- undang oleh seseorang terhadap harta orang lain sebagai cagaran untuk hutang. Lien hampir sama dengan gadai janji (pinjaman atas harta). Tetapi tidak seperti gadai janji, lien tidak boleh diserah hak (dipindahkan) kepada orang lain (lihat Gadai janji; Kontrak). | UMUM | |
PERCERAIAN | Perceraian ialah mengakhiri perkahwinan secara sah. Undang-undang bagi kebanyakan bangsa membenarkan perceraian hanya dalam keadaan tertentu. Perceraian dilarang keras kerana ia memecahkan sesebuah keluarga, yang merupakan unit asas masyarakat. Beberapa negara, termasuk Ireland dan Filipina, yang agama Roman Katolik merupakan agama yang utama, melarang perceraian. | UMUM | |
HAK RIPARIAN | Hak riparian ialah hak pemilik tanah yang sah dari segi undang-undang terhadap hartanya yang menyempadani atau membentuk dasar sungai atau anak sungai | UMUM | |
KEBUK GAS | Kebuk gas merupakan cara pelaksanaan hukum mati yang sah di sesetengah negeri di Amerika Syarikat. | UMUM | |
MINOR | Minor adalah orang yang masih di bawah umur. Di kebanyakan negara, umur yang sah dari segi undang-undang ialah 21 tahun. Namun kini, banyak negara telah mengurangkan umur itu kepada 18 tahun. Umur dewasa adalah umur ketika seseorang itu layak untuk mengundi, dan berkahwin tanpa meminta keizinan ibu bapa. Ia juga merupakan umur seseorang itu perlu bertanggungjawab terhadap perbuatannya. | UMUM | |
PAJAKAN | Pajakan ialah kontrak antara individu yang mempunyai hak yang sah ke atas tanah atau harta lain dengan penyewa harta berkenaan. | UMUM | |
PERLINDUNGAN DATA | Perlindungan data ialah menyelamatkan maklumat elektronik yang tersimpan dalam komputer. Perlindungan data termasuklah: (1) perlindungan sah hak awam untuk melihat maklumat yang mungkin ada dalam pangkalan data komputer, dan (2) perlindungan daripada kecurian, kerosakan perisian (program) dan data yang tersimpan dalam ingatan komputer. Jenis kedua perlindungan data dikenali juga sebagai keselamatan data . | UMUM | |
PERTEMPURAN DUNBAR | Pertempuran Dunbar berlaku di Scotland pada tahun 1296 dan 1650 apabila Edward I, Raja England diminta memutuskan hak takhta yang sah ke atas Scotland . Edward I memilih John Balliol, tetapi melayaninya sebagai seorang Vassal yang tidak berkuasa. Balliol menentang Edward dan pada tahun 1296, Edward menyerang Scotland dan mengalahkan Balliol di Dunbar. | UMUM | |