Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
SENI UKIR SABUN | Seni ukir sabun ialah seni memotong sebuku sabun untuk membentuk satu reka bentuk timbul atau arca figura. Untuk menghasilkan karya yang terbaik, sabun yang lembut, sama ada putih atau berwarna, paling sesuai digunakan. Sabun yang keras atau telah lama mungkin rapuh dan mudah terserpih. | UMUM | |
RESIN | Resin ialah salah satu kelas bahan semula jadi yang digunakan untuk membuat varnis, ubat-ubatan, sabun, cat dan kegunaan lain. Penggunaan resin semula jadi sebahagian besarnya telah digantikan dengan resin sintetik (lihat Resin, Sintetik ). Resin semula jadi boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan utama: (1) resin yang mengalir dari pokok apabila pokok itu dilukakan atau dipotong; (2) resin yang diekstrak dari kayu dengan menggunakan pelarut; dan (3) resin fosil yang dijumpai terpelihara bersama dengan tinggalan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Sejenis serangga skel yang dijumpai pada pokok acacia juga mengeluarkan resin, dikenali sebagai lak . | UMUM | |
SUET | Suet ialah lemak putih, keras di sekeliling loin dan ginjal sesetengah haiwan, terutamanya lembu dan biri-biri dewasa. Suet yang cair membentuk lemak haiwan yang digunakan untuk membuat lilin dan sabun. Suet lembu digunakan untuk menggoreng dan memasak. Suet digunakan sebagai makanan burung. | UMUM | |
NATRIUM HIDROKSIDA | Natrium hidroksida, juga dikenali sebagai soda kaustik, ialah bahan kimia industri yang penting. Ia bertindak sebagai bahan utama dalam banyak pencuci parit dan pencuci ketuhar komersial. Ia juga digunakan dalam pembuatan sabun dan kertas. | UMUM | |
AIR SADAH | Air sadah, air tanah yang mengandungi karbonat kalsium, magnesium dan mungkin juga ferum dalam bentuk larutan yang menyebabkan air sukar berbuih apabila dimasukkan sabun. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Sumber/Bahan Alam |
SAN PEDRO SULA | San Pedro Sula (pend. 372 800) ialah bandar kedua terbesar di Honduras. Ia terletak di tebing Sungai Chamelecón. Untuk lokasi, lihat Honduras (peta). Bandar ini ialah pusat industri pisang dan tebu dan pusat perdagangan untuk bahagian pedalaman utara dan pedalaman barat. Industrinya termasuk kilang bir, kilang gula dan loji yang mengeluarkan sabun, lilin, kasut, dan rokok | UMUM | |
MINYAK KELAPA SAWIT | Minyak kelapa sawit, yang dibuat daripada buah kelapa sawit, adalah satu daripada minyak sayur yang paling meluas digunakan di dunia. Hanya minyak kacang soya dikeluarkan dengan lebih banyak. Pengeluaran minyak kelapa sawit di dunia berjumlah hampir 13 juta tan metrik setiap tahun. Minyak kelapa sawit digunakan dalam keluaran seperti aiskrim, minyak masak, marjerin, dan sabun. | UMUM | |
POTASY | Potasy ialah nama komersial bagi sekumpulan garam yang mengandungi unsur kalium. Jenis potasy yang paling penting ialah kalium klorida (KCl), yang digunakan terutamanya untuk membuat baja. Kira-kira 95 peratus daripada potasy yang diproses di seluruh dunia ditapis menjadi baja. Potasy juga digunakan dalam pembuatan sabun dan bahan pencuci, kaca, seramik, tekstil, pencelup, bahan kimia, dan ubat. | UMUM | |
TALKUM | Talkum (formula kimia, Mg 3 Si 4 O 10 (OH) 2 ) ialah mineral lembut yang terdapat dalam lapisan batu-batan yang rata licin, dan dalam bongkah yang padat. Ia terlalu lembut hinggakan ia boleh digores dengan kuku, dan rasanya bersabun dan bergris. Talkum adalah lut cahaya, yang bermakna bahawa ia membenarkan cahaya melaluinya, tetapi ia tidak lut sinar. Talkum berwarna putih, kehijauan atau kelabu tua. Steatit (batu sabun) adalah talkum yang padat. Ia digunakan sebagai bahan untuk ukiran di Mesir dan China purba. | UMUM | |
MINORCA | Minorca juga dieja menorca, adalah pulau yang kedua terbesar di Kepulauan Balearic. Kepulauan ini terletak di Laut Mediterranean, di luar pantai timur Sepanyol (lihat Kepulauan Balearic). Keluasannya meliputi 686 kilometer persegi. Jumlah penduduknya kira-kira 57 000 orang. Terdapat lombong besi di Minorca. Ladang tanaman termasuklah bijirin dan hem, anggur, zaitun, dan buah-buahan lain. Bahan logam, pakaian, sabun dan wain dihasilkan di pulau ini. Mahon adalah bandar dan pelabuhan utama. Untuk lokasinya, lihat Sepanyol (peta politik). Minorca adalah milik Sepanyol. England dan Perancis pernah menguasai pulau ini beberapa kali. England menyerahkan Minorca kepada Sepanyol di bawah Perjanjian Amiens pada tahun 1802. | UMUM | |
|
Puisi |
---|
|
Kain putih disesah putih, Tengah bersesah sabun hilang; Tuan kasih saya pun kasih, Tengah kasih bencana datang.
Lihat selanjutnya... |
|