Dimensi keempat. Biasanya, kita memikirkan  ruang terdiri daripada tiga dimensi: panjang,  lebar dan tinggi. Sebuah kotak berukuran 6 meter  panjang, 4 meter lebar, dan 2 meter tinggi boleh  digambarkan oleh set nombor yang tertib (6, 4,  2). Set sedemikian juga boleh digunakan untuk  memerihalkan kedudukan suatu titik dalam ruang  contohnya, kedudukan sebuah kapal terbang.  Namun, ketiga-tiga nombor ini tidak dapat  mewakili kedudukan kapal terbang yang sedang  bergerak. Untuk menandakan kapal terbang yang  sedang dalam penerbangan pada kedudukan  tertentu, seperti (6, 4, 2), kita perlukan dimensi  keempat, iaitu masa.  |