Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
ROTAN | Rotan ialah bahan yang liat, berserabut. Ia berasal daripada batang jenis palma yang tumbuh di timur India, Afrika. Pokok ini tergolong dalam genus palma yang dikenali sebagai Calamus . Batang rotan boleh tumbuh sehingga melebihi 150 meter panjangnya. Pokok ini memanjat pokok-pokok lain dengan cangkuk halus pada daunnya. | UMUM | |
ANYAMAN | Hasil daripada satu proses menjalinkan helaian atau jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa jenis tumbuhan lain dengan cara menyusun dan menyusupkannya antara satu sama lain. Bahan asas ini dikeringkan dan dibentuk (memanjang, halus, nipis) terlebih dahulu sebelum proses anyaman dimulakan. | BUDAYA | Kraf Tangan |
SEPAK RAGA | Sepak raga ialah sejenis permainan tradisional. Sepak raga dimainkan dengan menggunakan bola raga yang diperbuat daripada rotan. Mengikut Sejarah Melayu , permainan ini wujud sejak zaman Kesultanan Melaka abad ke-15. Permainan ini bukan sahaja dimainkan oleh rakyat biasa tetapi juga popular di kalangan para pembesar dan golongan istana. | UMUM | |
PAPAN DINDING | Papan dinding ialah sejenis papan yang dibuat daripada serat kayu, rotan dan lain-lain bahan berserat. Ia digunakan untuk menutupi dinding dan siling. Papan dinding memberikan perlindungan daripada kebakaran dan cuaca dan menjadi penebat haba dan kesejukan. Ia menyerap bunyi dan juga berfungsi sebagai hiasan. Papan dinding dibuat dalam bentuk kepingan 1.5 milimeter hingga 75 milimeter tebalnya. Dinding yang ditutupi dengan papan dinding biasanya dinamakan dinding kering. | UMUM | |
BAKUL | BAKUL, bekas untuk mengisi barang, yang dianyam daripada bahan yang senang dilengkung dan dijalin seperti rotan, buluh, mengkuang, purun, bemban dan lain-lain. Menganyam bakul bermula dari dasar membawa ke atas bagi semua reka bentuk. Apabila selesai ukuran yang dikehendaki, anyaman dikemaskan dan dimatikan dengan jalinan rotan halus atau bemban, ataupun diapit dengan gelang rotan atau buluh di mulut bakul dan kemudian dijalin untuk meneguhkannya. | BUDAYA | Kraf Tangan |
SENI BINA MELAYU | SENI BINA MELAYU, pelbagai jenis binaan Melayu yang dibuat dengan menggunakan bahan tempatan seperti buluh, kayu-kayan, rotan, akar, daun-daun kayu dan batu. Binaan ini sering kali mudah reput dan tidak dapat bertahan lama. Binaan kayu daripada jenis yang paling keras seperti belian, jati atau cengal mampu bertahan antara seratus hingga tiga ratus tahun sahaja. Ini bermakna seni bina lama daripada bahan-bahan ini hanya dapat diketahui melalui gambaran oleh penulis dalam buku-buku hikayat dan sejarah. | BUDAYA | Disiplin Ilmu |
CANANG | CANANG, alat idiofon logam yang diketuk pada cembul di permukaannya untuk menghasilkan bunyi. Canang biasanya terdiri daripada dua biji gong kecil berbentuk mangkuk bercembul, direntang di atas dua utas tali atau rotan dan dipasang pada bingkai kayu. Diameter permukaan canang berukuran antara 15 cm hingga 20 cm. | BUDAYA | Alat/Alatan |
NYIRU | NYIRU, alat menampi dan mengayak padi atau beras untuk mengasingkan daripada hampa atau bahan lain. Alat ini biasanya bentuk bulat atau bujur dan diperbuat daripada buluh atau rotan yang dianyam. Nyiru yang berbentuk bulat dikenal sebagai badang. | BUDAYA | Alat/Alatan |
GENDANG | GENDANG, alat muzik membranofon yang menghasilkan bunyi melalui membrane (kulit muka) yang ditegangkan. Gendang dipalu dengan tangan, kayu ataupun rotan. | BUDAYA | Alat/Alatan |
PERAYAAN SAINT NICHOLAS | Perayaan Saint Nicholas ialah pesta kanak- kanak yang dirayakan pada 6 Disember, iaitu hari jamuan Saint Nicholas. Santo ini menjadi biskop di Asia Kecil pada tahun 300-an M. Dia menjadi santo penaung kepada kanak-kanak semenjak Zaman Pertengahan. Perayaan ini dirayakan terutamanya di Eropah. Di setengah-setengah negara, kanak-kanak mengisi kasut mereka dengan jerami dan lobak merah untuk kuda Saint. Nicholas pada malam hari 5 Disember. Keesokan paginya mereka mendapati jerami dan lobak merah tadi telah digantikan dengan mainan- mainan kecil dan biskut. Namun begitu jika kanak- kanak itu nakal, dia akan menerima rotan penyebat. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| rotan | | Kata Terbitan : merotan, |
|
Puisi |
---|
|
Rotan batu simpul pulih, Pauh percik dalam cawan; Bagaimana hendak boleh, Tahan racik pintu awan.
Lihat selanjutnya... |
|