Seurat, Georges (18591891) ialah artis Perancis yang telah membangunkan satu sistem melukis yang dinamakan pointillisme . Di sebalik menggunakan strok berus, Seurat melukis bintik- bintik rapat yang berwarna terang dan seragam saiznya. Jika dilihat dari jarak jauh, bintik-bintik tersebut kelihatan bercantum dan menghasilkan warna lain yang sama terang. Pointillisme menghasilkan bentuk yang telah diringkaskan hingga ke satu tahap yang menggambarkan lakaran manusia kelihatan kaku bak robot. Kualiti ini boleh dilihat dalam karya Seurat Sunday Afternoon on the Island of La Grande Jatte (1886). Lukisan ini diterbitkan semula dalam rencana Seni lukis. |