Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
TEORI DUA SAPUT | Teori yang menjelaskan bahawa terdapat tiga rintangan terhadap proses pengangkutan, iaitu rintangan dalam fasa gas, fasa cecair dan permukaan sentuhan antara dua fasa tersebut, iaitu lapisan antara muka. Teori dua saput bersandar pada andaian bahawa terdapat satu lapisan saput yang nipis yang terbina di sempadan sistem. Rintangan terhadap proses pengangkutan dalam fasa gas atau cecair diwakili oleh rintangan yang terdapat dalam saput fasa tersebut. Fasa gas mempunyai komposisi komponen A yang lebih tinggi daripada fasa cecair. | KEJURUTERAAN | Teori/Teorem/Hukum |
REOSTAT | p> Reostat ialah alat yang menaikkan atau menurunkan amaun rintangan dalam sesuatu litar elektrik. Dengan mengubah amaun rintangan, reostat mengawal aliran arus elektrik melalui sesuatu litar. Banyak jenis reostat digunakan dalam motor elektrik, pemancar radio, penjana, dan lainlain jenis kelengkapan elektrik. | UMUM | |
OHM | Ohm ialah unit yang digunakan untuk mengukur rintangan terhadap laluan arus elektrik. Semua bahan merintang aliran arus elektrik. Tetapi sesetengah bahan merintang lebih kuat daripada bahan-bahan lain. Bahan yang tidak banyak merintang dinamakan pengalir . Bahan yang banyak merintang dinamakan penebat. Rintangan elektrik ( R ), diukur dalam ohm, bersamaan dengan daya elektromotif ( E ) yang menghasilkan arus elektrik, diukur dalam volt , dibahagi dengan arus ( I ), diukur dalam ampere . Ohm = volt atau R = E ampere I | UMUM | |
KELIKATAN | Kelikatan ialah ukuran rintangan sesuatu bendalir (cecair atau gas) untuk mengalir. Bendalir yang mempunyai kelikatan tinggi seperti molases, mengalir lebih perlahan daripada bendalir yang mempunyai kelikatan rendah, seperti air. | UMUM | |
METER KEUPAYAAN | Meter keupayaan ialah alat yang mengukur arus elektrik, voltan dan rintangan dengan kejituan tinggi. Meter ini menunjukkan perbezaan voltan dengan membandingkan daya elektromotif yang tidak diketahui dengan daya elektromotif yang diketahui. Ia digunakan untuk menentu ukur voltmeter dan ammeter, dan juga sebagai unsur kawalan dalam litar dan alat elektronik. Lihat juga Ampere. | UMUM | |
TITI WHEATSTONE | Titi Wheatstone ialah sejenis litar elektrik yang digunakan untuk menentukan rintangan yang tidak diketahui (lihat Litar elektrik) . Ia terdiri daripada empat perintang yang biasanya disusun mengikut bentuk deman. | UMUM | |
KEBERALIRAN LAMPAU | Keberaliran lampau ialah fenomena apabila logam tertentu, aloi dan tembikar mengalirkan elektrik tanpa rintangan. Keberaliran daripada logam dan aloi berlaku pada suhu hampir sifar mutlak, iaitu 273.15 ° C. Plumbum, raksa dan timah menjadi pengalir lampau yang baik pada suhu tersebut. Sesetengah tembikar menjadi pengalir lampau pada suhu setinggi 148 ° C. | UMUM | |
KATAMARAN | Katamaran ialah bot bak rakit yang mempunyai dua badan. Keringanannya dan badannya yang berkembar, nipis dan dangkal membolehkan katamaran meluncur melalui permukaan air tanpa banyak rintangan. Reka bentuk ini berasaskan perahu tupang yang telah digunakan oleh bangsa Polinesia dan Melayu selama beribu-ribu tahun. Katamaran boleh dikuasai oleh layar atau motor. | UMUM | |
OHM, GEORG SIMON | Ohm, Georg Simon (17271854) ialah ahli fizik Jerman, yang pada tahun 1827 telah menemui hukum matematik arus elektrik yang dinamakan hukum Ohm (lihat Hukum Ohm ). Ohm, iaitu unit rintangan elektrik, dinamakan sempena namanya. Penemuannya telah diabaikan sehinggalah pada tahun 1833, apabila dia menjadi profesor fizik di Nuremberg. Dia telah dilantik sebagai profesor fizik di University of Munich pada tahun 1849. Ohm lahir di Erlangen, Jerman. Dia mendapat ijazah dari University of Erlangen. | UMUM | |
REKAAN | Rekaan ialah penciptaan suatu alat, proses atau produk yang baharu. Hasil rekaan membolehkan kita mengawal persekitaran dan hidup dengan lebih selesa, lebih mudah dan lebih gembira. Jika kita tidak boleh mereka cipta, kita terpaksa bergantung pada iklim dan bumi sepenuhnya. Rekaan telah membolehkan manusia hidup dalam persekitaran yang penuh dengan rintangan dan membina sebuah masyarakat yang bertamadun. | UMUM | |
|
|