Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
RINDU DENDAM | RINDU DENDAM, kumpulan puisi J.E. Tatengkeng. Antologi ini diterbitkan pada tahun 1934 dan diterbitkan semula pada tahun 1974 oleh Pustaka Jaya. Rindu Dendam terdiri daripada dua bahagian iaitu Buah Tangan dan Rindu Dendam. Buah Tangan mengandungi 31 buah puisi yang dimulai dengan puisi Mula Kata dan diakhiri dengan puisi Melaka. Rindu Dendam hanya mengandungi sebuah puisi iaitu Akhir kata. | SASTERA | Karya |
SAMALINDANG | SAMALINDANG, tarian suku kaum Brunei yang menetap di Sabah. Nama tarian ini diambil daripada dua perkataan iaitu samar dan rindang. Perkataan samar bermaksud kurang jelas, kabur dan tersembunyi. Manakala rindang pula membawa maksud rindu. Dengan itu wujudlah perkataan samalindang iaitu rindu yang terpendam atau rindu secara sembunyi-sembunyi. Perkataan samalindang sebenarnya wujud daripada perkara samarlindang. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata rindu; |
|
Puisi |
---|
|
Jangan suka menganyam nyiru, Nyiru dibawa dari Buncit; Jangan suka menanggung rindu, Rindu bawa jadi penyakit.
Lihat selanjutnya... |
|