Smith, Ian Douglas (1919 ), menjadi Perdana Menteri Rhodesia-yang kini dikenali sebagai Zimbabwe dari tahun 1964 hingga tahun 1978. Setelah menjadi perdana menteri, Smith memohon kemerdekaan Rhodesia daripada United Kingdom (UK) di bawah perlembagaan yang membenarkan segelintir minoriti kulit putih untuk terus memerintah kaum kulit hitam dalam jangka masa yang tidak pasti. Pihak United Kingdom tidak bersetuju dan pada 11 November 1965, Smith mengisytiharkan kemerdekaan Rhodesia tanpa restu United Kingdom. |