Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
REKA BENTUK | Reka bentuk ialah penyusunan bahan untuk mewujudkan sesuatu hasil atau kesan. Reka bentuk memainkan peranan yang penting dalam semua seni halus dan dalam penciptaan keluaran industri. Rencana ini membincangkan konsep reka bentuk asas yang digunakan dalam seni tampak. | UMUM | |
TEKANAN REKA BENTUK PENGAGIHAN GAS | Nilai tekanan teori yang diperoleh dengan menggunakan formula reka bentuk tertentu. Penentuan nilai ini dibuat dengan mengambil kira aspek keperluan penggunaan gas di sektor hiliran dan keupayaan sistem pembekalan untuk menampung keperluan pelanggan. Tekanan reka bentuk diperkenalkan bagi menjamin kemantapan bekalan gas kepada pengguna, khususnya industri yang memerlukan bekalan gas secara berterusan. Tekanan reka bentuk juga bertujuan menjamin keselamatan ruang laluan gas agar tidak melebihi had tekanan selamat yang ditetapkan untuk paip laluannya. | KEJURUTERAAN | Teori/Teorem/Hukum |
REKA BENTUK PERINDUSTRIAN | Reka bentuk perindustrian ialah proses merancang serta mengembangkan keluaran dan sistem. Pereka bentuk perindustrian mencipta keluaran untuk membentuk sesuatu tugas khusus. Keluaran mestilah menarik serta selamat, boleh diharap, dan mudah diselenggara. Keluaran itu hendaklah mudah dan tidak mahal untuk dibuat atau dikeluarkan. Pereka bentuk perindustrian mestilah menggabungkan kebolehan seni dengan pengetahuan tentang ilmu kejuruteraan, kos, bahan, proses pembuatan, dan keadaan pasaran. | UMUM | |
MELUKIS | Melukis ialah perbuatan membuat reka bentuk atau imej menggunakan garis atau ton, di atas sebarang permukaan yang sesuai. Reka bentuk atau imej yang dihasilkan dikenali sebagai lukisan. | UMUM | |
TATAH DALAM | Tatah dalam ialah sejenis hiasan yang biasanya dibuat dengan membuat reka bentuk pada permukaan sesuatu bahan dan mengisi reka bentuk ini dengan bahan lain yang sering kali berbeza dengan ketara. Tatah dalam biasanya dikaitkan dengan perabot kayu. Jenis tatah dalam yang paling biasa mempunyai jaluran kecil kayu berwarna cerah yang dilekatkan pada latar kayu berwarna lebih gelap, seperti mahagoni. | UMUM | |
NERVI, PIER LUIGI | Nervi, Pier Luigi (18911979) ialah arkitek dan jurutera Itali. Reka bentuknya menggambarkan kepercayaannya bahawa bentuk struktur industri yang praktik mestilah cantik dan anggun berdasarkan reka bentuk yang ringkas. Nervi terlatih sebagai jurutera dan dia berpendapat bahawa kecantikan arkitek mestilah diperoleh berdasarkan pengiraan matematik berbanding dengan pertimbangan estetika. Kerja Nervi mula dikenali apabila dia menggunakan konkrit bertetulang dengan cantik. Dia membina beberapa teknik struktur dengan menggunakan konkrit. | UMUM | |
GERAKAN SENI DAN KRAF | Pergerakan seni gunaan yang pengaruhnya berkait dengan seni reka bentuk dalaman dan seni bina. Pergerakan abad ke-19 ini tersebar luas di Britain dan Amerika. Ia memberi penekanan terhadap kraf dan mutu reka bentuk yang tinggi bagi menghasilkan objek-objek dan peralatan kegunaan harian. | KEJURUTERAAN | Peristiwa |
ALIRAN BERSIH | Kaedah pengiraan pemboleh ubah reka bentuk turus penyulingan menggunakan graf keseimbangan fasa y - x. Pada paksi menegak, y ialah pecahan mol dalam fasa wap dan pada paksi mendatar, x ialah pecahan mol dalam fasa cecair. Kesemua graf keseimbangan fasa biasanya diberi untuk komponen yang lebih meruap, iaitu komponen yang takat didihnya lebih rendah. Antara pemboleh ubah reka bentuk turus penyulingan yang biasa didapati menggunakan kaedah McCabe-Thiele ialah bilangan peringkat atau dulang, nisbah refluks minimum, bilangan dulang yang minimum, kedudukan peringkat bagi aliran masukan, keperluan duti haba untuk pengulang didih, dan keperluan duti penyejukan untuk kondenser | KEJURUTERAAN | Konsep |
ART NOUVEOU | Art nouveou ialah gaya reka bentuk hiasan yang berkembang subur dari tahun 1890-an hingga kira-kira tahun 1910. Istilah art nouveau bererti seni baru dalam bahasa Perancis. Istilah ini berasal daripada balai seni lukis Paris Maison de lArt Nouveau . Balai seni lukis tersebut mempamerkan banyak karya yang dicipta menggunakan gaya reka bentuk ini. | UMUM | |
SHERATON, THOMAS | Sheraton, Thomas (17511806), pereka bentuk perabot Inggeris. Reputasinya adalah berasaskan pada sebuah buku reka bentuk perabot yang berpengaruh, yang dikenali The Cabinet-Maker and Upholsterers Drawing Book (17911794). Seperti buku reka bentuk lain pada akhir tahun 1700-an, buku Drawing Book mengutarakan cita rasa semasa dalam gaya perabot. Perabot yang mengikut gaya yang dinyatakan dalam buku tersebut dikenali sebagai Sheraton. | UMUM | |