Titik jarum ialah satu bentuk sulaman, yang jahitan dijahit melalui ruang atau petak-petak fabrik jejaring terbuka yang dikenali sebagai kanvas . Ia digunakan untuk membuat baju, gambar, dompet, upholsteri dan banyak barang-barang lain. Titik jarum pernah dikenali sebagai dewangga. Corak boleh dilukis atau dicetak di atas kanvas. Penyulam menggunakan jarum dewangga yang tumpul dan pelbagai benang lembut. Kerja ini termasuklah sulaman kain kapas, krewel, kait atau yarn Parsi dan kadangkala jalur kulit atau reben. Jahitan ini menghasilkan corak yang serata di atas permukaan jejaring. |