Antimoni, unsur kimia, ialah logam yang rapuh, berwarna putih kebiru-biruan. Ia digunakan untuk mengeraskan dan menguatkan plumbum. Aloi antimoni plumbum digunakan dalam sesetengah kabel elektrik, bateri, dan logam huruf taip dalam percetakan. Sebatian yang mengandungi antimoni digunakan untuk menghasilkan bahan-bahan yang digunakan dalam peti sejuk, penyaman udara, penyembur aerosol, cat, dan agen pengalis api. |