Terowong Selat ialah rangkaian kereta api bawah laut yang menghubungkan United Kingdom dengan Perancis. Pembinaannya merupakan satu daripada projek kejuruteraan utama dunia pada tahun 1980 dan tahun 1990. Di dalam terowong berkembar itu terdapat terowong landasan kereta api tunggal, yang direka bentuk bagi kereta api elektrik laju. Terowong itu dibina untuk empat jenis kereta api: perkhidmatan ulang-alik penumpang bagi kereta dan bas, perkhidmatan ulang-alik pengangkutan bagi trak, kereta api penumpang berkelajuan tinggi antara bandar, dan kereta api pengangkutan barang. Ada dua stesen bagi kenderaan jalan raya untuk masuk ke terowong kereta api itu, iaitu di Folkestone, England , dan di Calais, Perancis. |