Muir, John (18381914), penjelajah Amerika, ahli alamiah, dan penulis, berkempen bagi pemuliharaan tanah, air dan hutan di Amerika Syarikat. Usahanya mempengaruhi Kongres untuk meluluskan rang draf undang-undang Taman Negara Yosemite pada tahun 1890, menubuhkan Taman Negara Yosemite dan Sequoia. Muir membantu memujuk Presiden Theodore Roosevelt untuk menyediakan kawasan seluas 59 900 000 hektar untuk hutan simpan. Hutan redwood dekat San Francisco dinamakan Muir Woods pada tahun 1908 sebagai menghargai jasanya. |