Perpustakaan bergerak ialah kenderaan bergerak seperti bas atau van yang dipenuhi rak yang disusun dengan buku-buku atau bahan-bahan lain. Ia digunakan sebagai perpustakaan yang memberi pinjaman buku kepada masyarakat tempatan. Perpustakaan awam lazimnya menggunakan perpustakaan bergerak sebagai satu cara untuk meluaskan perkhidmatannya. |