Prostaglandin ialah nama sekumpulan sebatian kimia yang penting. Ia terdapat di seluruh badan manusia dan haiwan. Ia membantu mengatur berbagai-bagai fungsi, seperti pengeluaran asid perut, tekanan darah dan suhu badan, serta aktiviti otot dalam organ seperti bronkus, usus, rahim dan lain-lain organ badan. Prostaglandin juga memainkan peranan utama dalam pembiakan. Ahli sains telah mengenal pasti lebih daripada 20 prostaglandin, yang kesemuanya adalah asid lemak versi yang telah diubahsuai. |