Shankaracharya (700?750 M.?), juga dikenali sebagai Shankara, ialah ahli falsafah Hindu. Hasil kerjayanya yang terpenting ialah ulasannya terhadap Veda , iaitu tulisan suci Hindu. Shankaracharya lahir di Kerala, selatan India. Dia mengamalkan sikap menahan diri dan belajar untuk menolak kesenangan duniawi dan keselesaannya di peringkat awal kehidupan. Dia mengabdikan dirinya pada pengajian, perbincangan falsafah, dan ajaran agama. Kemasyhuran sarjana yang berkelana ini tersebar luas ke seluruh India. Dalam perjalanannya, Shankaracharya mengasaskan empat biara yang terkenal di Badrinath di Himalaya, Shringeri di Mysore, Dwarke di barat India, dan di Puri, timur India. |