Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
TANJUNG PURA, LANGKAT | TANJUNG PURA, ibu kota kerajaan Langkat, Propinsi Sumatera Utara yang terletak di tepi Sungai Serangan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
TANJUNG PURA | TANJUNG PURA, ibu kota kerajaan Hindu Nagara Dipa, di Kalimantan, Indonesia. Tanjung Pura terletak di hulu Sungai Nagara di sekitar Amuntai sekarang, termasuk dalam Propinsi Kalimantan Selatan. Nagara Dipa ialah sebuah kerajaan bercorak Hindu. Rajanya Ampu Jatmika pernah mengirim utusan ke negeri China untuk mendapatkan seorang ahli pembuat patung logam, untuk menggantikan patungnya yang diperbuat daripada kayu. Utusan yang dikirimkan itu membawa hasil Nagara Dipa seperti intan, mutiara, damar, madu dan orang utan. Selain itu, Nagara Dipa juga mempunyai hubungan dengan Majapahit, kerana pengganti Ampu Jatmika adalah Raden Putra, seorang keturunan Majapahit yang berkahwin dengan puteri Junjung Buih. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
BAHASA MELAYU LANGKAT | BAHASA MELAYU LANGKAT, bahasa Melayu yang digunakan di kecamatan Tanjung Pura dan Setabat. Kedua-duanya termasuk dalam Kabupaten Langkat di Propinsi Sumatera Utara. | BAHASA | Konsep |
MOLNÁR, FERENC | Molnár, Ferenc (18781952) ialah penulis drama Hungary yang terkenal pada zamannya. Dia menulis drama komedi romantik dengan dialog yang lucu. Dalam The Guardsman (1910), seorang suami yang cemburu, berpura-pura menjadi musuhnya sendiri. The Glass Slipper (1924) mempersembahkan drama komedi berdasarkan kisah Cinderella. Liliom (1909) sebuah drama yang lebih serius mengenai taman hiburan, kemudiannya yang menjadi asas kepada drama muzikal Rodger dan Hammerstein, Carousel (1945). Antara drama komedi Molnár yang lain, termasuklah The Devil (1907), The Swan (1920), dan The Plays the Thing (1926). | UMUM | |
SURAH AL-MUNAFIQUN | Surah al-Munafiqun ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-63 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 11 ayat. Surah ini dinamakan al-Munafiqun (orang-orang munafik) kerana ia menceritakan dengan jelas mengenai orang munafik, iaitu satu nama hina, yang berpura-pura bagi menyembunyikan sifat nifak. | UMUM | |
RAJA MANSOR RAJA ABDUL KADIR | RAJA MANSOR RAJA ABDUL KADIR (1905-1947), penulis dan wartawan. Dia lahir di Gebang, Tanjung Pura, Langkat, Sumatera, Indonesia. Nama lain yang pernah digunakan ialah Ratuman atau Tengku Rolam. Raja Mansor berketurunan bangsawan. Ayahnya daripada kerabat diraja Perak, sementara ibunya pula berasal dari istana Langkat. Raja Mansor mendapat pendidikan awal di tempat kelahirannya. Dia kemudian melanjutkan pelajaran di Hollandsch Inlandsche School (HIS) di Medan hingga tamat pada tahun 1929. | SASTERA | Tokoh |
SYEIKH JUNID TOLA | SYEIKH JUNID TOLA (1886-1948), pendidik dan ulama. Beliau lahir di Kampung Tarlola, Tapanuli Selatan, Sumatera, Indonesia. Nama asalnya ialah Simanonga. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Desa Kampung Maga. Kemudian, beliau merantau ke Deli dan Basilam, Langkat, Sumatera Timur. Beliau belajar agama di Pondok Basilam, Tanjung Pura dan berguru dengan Syeikh Abdul Wahab. Beliau menukarkan namanya kepada nama Junid mengambil sempena nama seorang ulama tasawuf yang terkenal Syeikh Junid al-Baghdadi. Bagi mengingati asal usul, namanya ditambah dengan `Tola singkatan nama Kampung Tarlola tempat kelahirannya. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
MUNAFIK | Munafik, ialah orang yang berpura-pura kerana zahirnya berbeza daripada apa yang terkandung dalam batinnya. | AGAMA | Konsep |
LONG JAAFAR | LONG JAAFAR ( ? -1858), pentadbir daerah Larut, Krian dan Bagan Tiang, Perak. Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui. Long Jaafar dipercayai daripada keturunan Aceh, yang pernah memerintah Perak hampir lebih kurang seratus tahun pada pertengahan abad ke-16 hingga awal abad ke-17. Long Jaafar ialah cucu Pandak Jamaluddin, Orang Besar Enam Belas Perak yang pertama dengan gelaran Dato Paduka Setia, dan anak Alang Allaidin, Orang Besar Lapan. Long Jaafar mula dikenal pada zaman pemerintahan Sultan Abdullah Muazzam Shah (m.m. 1819-1930) memegang jawatan Dato Panglima Bukit Gantang dan berkahwin dengan sepupunya, Ngah Pura, anak Dato Alang Alaidin. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
|
Puisi |
---|
|
Singapura bernama Selat, Kain sutera bercampur benang; Pura-pura hantap melihat, Dalam hati syukur mengenang.
Lihat selanjutnya... |
|