Pungutan suara ialah pengundian oleh rakyat tentang sesuatu persoalan. Pungutan suara memberi peluang kepada semua pengundi di sesebuah negara atau wilayah untuk membuang undi bagi menentukan dasar kerajaan atau cadangan undang-undang yang baru. Dalam pungutan suara, pengundi hanya menyokong atau menentang sesuatu cadangan. Kadangkala pungutan suara juga dikenali sebagai plebisit . |