Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
PSIKOLOGI PENDIDIKAN | Psikologi pendidikan ialah bidang psikologi yang menggunakan pengetahuan dan kaedah psikologi untuk mengkaji proses pengajaran dan pembelajaran. Psikologi pendidikan menggabungkan psikologi dan pendidikan dengan menggunakan pengkajian saintifik ke atas tabiat manusia untuk mencapai matlamat pendidikan. Pengkajian tersebut mendedahkan bahawa guru perlu membantu pelajar untuk belajar. | UMUM | |
PSIKOLOGI PERINDUSTRIAN | Psikologi perindustrian berkaitan dengan orang ramai di tempat kerja. Ia dikenali juga sebagai psikologi personel . Bidang yang berkait rapat dengannya ialah psikologi organisasi . Secara tradisinya, ahli psikologi perindustrian telah membuat penilaian terhadap perbezaan antara pekerja dan telah mengukur mutu kerja perseorangan. Ahli psikologi organisasi cuba memahami bagaimana fungsi bekerja dalam sesebuah organisasi dan bagaimana pula fungsi organisasi dalam sesebuah masyarakat. | UMUM | |
PSIKOLOGI KLINIKAL | Psikologi klinikal ialah kajian saintifik, diagnosis dan rawatan terhadap orang yang mengalami masalah psikologi untuk menyesuaikan dirinya sendiri dengan keadaan persekitarannya. Ahli psikologi klinikal menangani tingkah laku normal dan abnormal. Mereka menjalankan dan mentafsir ujian psikologi, dan membantu dalam diagnosis serta rawatan bagi gangguan mental. Mereka juga mengkaji struktur dan perkembangan personaliti. | UMUM | |
PSIKOLOGI SOSIAL | Psikologi sosial ialah kajian terhadap aspek psikologi yang menjadi asas hubungan antara manusia. Ahli psikologi sosial menyiasat proses komunikasi, kerjasama, persaingan, membuat keputusan, kepimpinan, dan perubahan sikap. | UMUM | |
PSIKOLOGI GESTALT | Psikologi Gestalt merupakan satu aliran psikologi yang menekankan kajian tentang pengalaman sebagai suatu kesatuan yang menyeluruh. Ahli psikologi Gestalt percaya bahawa pola , atau bentuk merupakan bahagian pengalaman yang paling mustahak. Menurut mereka, keseluruhan pola memberi makna kepada setiap unsur pengalaman. Dengan kata lain, keseluruhan pola adalah lebih penting daripada jumlah bahagian-bahagiannya . Gestalt berasal daripada bahasa Jerman yang bermaksud pola, bentuk atau susuk . | UMUM | |
THURSTONE, LOUIS LEON | Thurstone, Louis Leon (18771955), ahli psikologi Amerika, memainkan peranan utama dalam perkembangan ujian psikologi. Satu daripada kejayaannya yang penting ialah penciptaan kaedah statistik yang membolehkan pakar psikologi mengkaji sifat psikologi seseorang seperti kebolehan dan keperibadian. Dengan menggunakan kaedah ini terhadap hasil ujian kecerdasan, Thurstone menetapkan bahawa kecerdasan terdiri daripada beberapa kebolehan yang berlainan, antaranya bakat berfikir dan mengira. Thurstone lahir di Chicago. Dia memperoleh ijazah Ph.D. dalam bidang psikologi dari University of Chicago pada tahun 1917. | UMUM | |
PSIKOLOGI | Psikologi ialah kajian saintifik tentang proses mental dan tingkah laku. Ahli psikologi memerhati dan mencatat bagaimana manusia dan haiwan saling berhubungan antara satu dengan lain, dan dengan persekitarannya. Mereka mencari pola yang akan menolongnya memahami dan meramalkan tingkah laku, dan mereka menggunakan kaedah saintifik untuk menguji ideanya. Melalui kajian begitu ahli psikologi telah mendapat tahu bahawa banyak perkara dapat menolong manusia memenuhi potensi sebagai manusia, dan meningkatkan pemahaman antara individu, kumpulan, negara, dan kebudayaan. | UMUM | |
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN | Psikologi perkembangan adalah kajian tentang perubahan tingkah laku semasa hayat. Ramai ahli psikologi perkembangan mengkaji sebahagian daripada tempoh hayat. Kebanyakan berminat mengkaji zaman kanak-kanak dan remaja, iaitu tempoh hayat seseorang antara kelahiran dan umur awal 20-an. | UMUM | |
PSIKOLOGI TAK NORMAL | Psikologi tak normal ialah bidang kajian saintifik yang berkaitan dengan kecelaruan psikologi. Kecelaruan ini menjejaskan perasaan, pemikiran, pertuturan, dan perilaku manusia. Bidang ini juga dikenali sebagai psikopatologi. | UMUM | |
PSIKOLOGI PERBANDINGAN | Psikologi perbandingan ialah kajian perbezaan dan persamaan dalam kelakuan haiwan yang berbeza spesiesnya. Ahli psikologi perbandingan mungkin menganalisis satu aktiviti sebagaimana ia berlaku pada banyak spesies. Misalnya, mereka mungkin meneliti pembesaran anak burung, paus, harimau dan haiwan lain. Mereka juga mungkin mengkaji pola lengkap kelakuan dua atau lebih spesies yang berkaitan. Misalnya, mereka mungkin membandingkan cara pemberian makanan, pengawanan dan aktiviti lain antara dua rodensia. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata psikologi |
|
Puisi |
---|
|
Di dalam belukar timbul ketam, Timbul sang helang di Tanjung Jati; Tidak lupa abang siang malam, Airlah mata jatuh ke pipi.
Lihat selanjutnya... |
|