Projek Manhattan diwujudkan oleh kerajaan Amerika Syarikat pada tahun 1942 untuk menghasilkan bom atom yang pertama. Agensi rasmi yang menghasilkan bom tersebut ialah Corps of Engineers Manhanttan Engineer District yang diperintah oleh Mejar (kemudiannya Leftenan) Jeneral Leslie R. Groves. Ahli fizik J. Robert Oppenheimer memberikan arahan tentang reka bentuk dan pembinaan bom tersebut. Aktiviti perindustrian dan penyelidikan berlaku di tapak-tapak seperti Los Alamos, New Mexico, Oak Ridge, Tennessee dan Hanford, Washington. |