Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
MURDOCH, SIR WALTER | Murdoch, Sir Walter (18741970), profesor bahasa Inggeris di University of Western Australia dari tahun 1912 hingga tahun 1939 dan sebagai canselor dari tahun 1943 hingga tahun 1948. Dia menjadi terkenal dengan eseinya yang tersiar dalam akhbar yang tersebar di seluruh Australia. Western Australias Murdoch University yang ditubuhkan pada tahun 1973 mengambil sempena namanya. Walter Logie Forbes Murdoch lahir di Pitsligo, Scotland dan tiba di Australia ketika dia berumur 10 tahun. Dia menerima pendidikan di Scotch College dan University of Melbourne. | UMUM | |
VOLTA ALESSANDRO GIUSEPPE ANTONIO ANASTASIO | Ahli fizik dan pereka berbangsa Itali. Seorang profesor dalam bidang fizik di Sekolah Diraja Como pada tahun 1774, dan seterusnya di Universiti Pavia dari tahun 1779. Menjadi terkenal bagi kerja beliau dalam bidang elektrik. | FIZIK | Tokoh |
THUMBOO, EDWIN | Thumboo, Edwin (1933 ), penulis, pengkritik, dan ahli akademik Singapura, menjadi profesor bahasa Inggeris di National University of Singapore pada tahun 1979. Dia terkenal kerana puisinya. Koleksi puisinya berjudul Gods Can Die (1977) menerima anugerah puisi Singapore National Book Development Council pada tahun 1978. Pada tahun 1979, dia dianugerahkan Southeast Asia Writers Award untuk puisi. Pada tahun 1987, dia menerima Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) Award untuk pencapaian terbaiknya dalam kesusasteraan. Antologinya yang telah diterbitkan termasuklah The Flowering Tree (1970), Seven Poets (1973), The Second Tongue (1976), Rub of Earth (1956) dan Ulysses by the Merlion (1979). Edwin Thumboo lahir di Singapura. Dia mendapat pendidikannya di Victoria School dan University of Malaya di Singapura. | UMUM | |
A'ZAMI, MUSTAFA AL- | Azami, Mustafa al- (1351 H. /1933 M. ), ahli fikir dan profesor di sebuah universiti di Arab Saudi. Nama penuhnya ialah Muhammad Mustafa al-Azami. Dia lahir di bandar Manu, pesisiran Azham Kadah, di utara India. Dia mula belajar di sekolah Arab Islam dan kemudiannya di Kolej Darul Ulum, Douband dan tamat pengajian pada tahun 1952. Selepas itu, dia menyambung pelajaran ke Universiti al-Azhar, Mesir dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Kepujian dan Diploma Pendidikan daripada Fakulti Bahasa Arab. | UMUM | |
PETRIE, SIR FLINDERS | Petrie, Sir Flinders (18531942) ialah ahli arkeologi Inggeris, yang berkhidmat sebagai profesor Egiptologi di University College, London, dari tahun 1892 hingga tahun 1933. | UMUM | |
ARGELANDER, FRIEDRICH WILHELM AUGUST | Argelander, Friedrich Wilhelm August (17991875), ahli astronomi Jerman-Finland dan profesor astronomi di Bonn, Jerman. Dia telah membuat katalog dan mencartakan lebih daripada 300 000 bintang yang terdapat di hemisfera samawi utara hingga ke magnitud kesembilan. Dia telah menubuh dan menjadikan pengajian tentang perubahan bintang sebagai satu cabang astronomi dengan mengkaji sejarah perubahan bintang- bintang dari segi kegemerlapannya. Dia lahir di Meme (kini Klaipeda), Lithuania. | UMUM | |
ASMAH HAJI OMAR, DATO' | Asmah Haji Omar, Dato (1940 ), ahli bahasa. Dia ialah orang pertama yang dilantik menjadi Profesor Linguistik Melayu di Universiti Malaya. Asmah juga merupakan wanita Melayu pertama yang mendapat ijazah Doktor Falsafah. | UMUM | |
ECCLES, SIR JOHN | Eccles, Sir John (19031997), ahli sains Australia berkongsi Hadiah Nobel tahun 1963 dalam bidang fisiologi atau perubatan dengan profesor British Alan Hodgkin dan Andrew Huxley kerana usaha penyelidikan mereka dalam impuls saraf. | UMUM | |
SCHUSTER, SIR ARTHUR | Schuster, Sir Arthur (18511934) ialah ahli fizik yang menyumbang terhadap penemuan elektron. Dia mencadangkan bahawa kuasa pengaliran di atmosfera atas bumi disebabkan oleh sinar ultraungu dari matahari. Dia adalah profesor di Manchester University, England, tempat dia membina sebuah makmal. Schuster lahir di Frankfurt am Main di Jerman, tetapi berhijrah ke Manchester, England semasa berumur 19 tahun. Pada mulanya dia menceburi bidang perniagaan, tetapi kemudiannya beralih kepada bidang sains yang dipelajarinya di Owens College, Manchester, dan di University of Heidelberg, Jerman. | UMUM | |
AUER, LEOPOLD | Auer, Leopold (18451930), pemain violin Hungary, menjadi salah seorang guru violin yang paling terkenal pada zamannya. Auer memulakan kaedah baru bermain violin dan teknik tunduk. Pada tahun 1868, dia menjadi profesor di Kolej Muzik St. Petersburg, Rusia. Beliau memegang jawatan ini hingga tahun 1917. Antara pelajar-pelajarnya yang terkenal ialah Mischa Elman, Jascha Heifetz dan Nathan Milstein. Auer menulis tentang kaedah dia mengajar dalam Violin Playing as I Teach It (1921) dan Violin Masterworks and Their Interpretation (1925). Dia juga menulis sebuah autobiografi, My Long Life in Music (1923). Auer lahir di Veszprém. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata profesor |
|
|