Selvon, Samuel (1923 ) ialah penulis Caribbean yang menjadi terkenal kerana menghasilkan gambaran tragikomik tentang golongan miskin dan terbuang di Trinidad dan United Kingdom. Karyanya menerokai kehidupan mereka yang meninggalkan Caribbean untuk masa depan yang lebih cerah di United Kingdom, tetapi mereka hanya menghadapi prejudis, pemulauan, dan eksploitasi. |